Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Mahu Renovate Kedai, Vida Minta Azhar Sulaiman Make Over!

Syafiqah Jalal
06/05/2020 07:34 MYT
Usahawan kosmetik tersohor, Datuk Seri Vida (DSV) akui meminta khidmat pelakon Azhar Sulaiman sebagai pereka ruang dan arkitek untuk perbaharui serta 'make over' kedai miliknya.

Menariknya, Azhar juga juga turut bersama squad DSV untuk menjayakan projek tersebut.

“Sebenarnya ini kedai cawangan saya di Janda Baik. Saya hanya ingin membantu ahli cawangan perniagaan saya mencantikkan kedainya lagi supaya lebih menjadi tarikkan,” katanya.

DSV berkongsi perkara tersebut di dalam program realiti The House musim kedua (The House 2) episod empat.

The House 2 pernah ditayangkan di Astro Gempak dah Astro Ria pada tahun 2016.

The House untuk musim itu ia menyingkap kehidupan Vida sekeluarga yang ditempatkan bersama dalam satu rumah menerusi sebuah program realiti digital.

Menerusi The House 2, peminat bepeluang untuk melihat dan menilai sendiri sejauh manakah keakraban serta cabaran Vida dan anak-anaknya tanpa bantuan pemandu dan pembantu rumah.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Astro Gempak akan menayangkan kembali drama siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah.

Tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak atau YouTube Gempak.

#Vida #DSV #Vida #Azhar Sulaiman