Anak kepada komposer Allahyarham Johan Nawawi dan penyanyi Nora Ariffin, Alif Johan, 20, tersenarai antara 20 protege untuk Mentor Milenia 2019.
Percaya pada kemampuan dan bakat, kata Alif penyertaannya dalam rancangan realiti itu demi menyambung legasi keluarganya.
"Saya mahu mencari platform yang berkualiti untuk menonjolkan kemampuan yang saya ada dan belajar daripada kelima-lima Mentor selain ilmu daripada ibu dan arwah ayah saya.
"Niat untuk masuk Mentor Milenia 2019 pun demi menyambung legasi muzik keluarga memandangkan abang saya tidak berminat dan adik pula masih bersekolah.
"Saya selalu terfikir selepas ini kalau ibu sudah bersara, siapa yang akan menyambung nama Johan?
"Jadi, saya cubalah mana tahu rezeki saya," katanya ketika ditemui pada sidang media Mentor Milenia 2019 di Hotel Hilton Petaling Jaya, Selangor semalam.
Tambah Alif, penyertaannya dalam Mentor Milenia 2019 atas usahanya sendiri tanpa menggunakan khidmat 'orang dalam'.
"Ada cakap saya pakai bantuan 'orang dalam' tapi ramai tak tahu saya sendiri yang usaha, datang beratur ujibakat demi rancangan ini.
"Memang tertekan juga nak bawa nama ibu dan arwah ayah saya tetapi saya akan cubalah yang terbaik," jelasnya.
Lima penyanyi terkenal, Akim Ahmad, Hazama, Black, Stacy dan Ernie Zakri diberikan amanah membimbing 10 peserta yang terpilih sebagai protege dalam program itu.
Rancangan itu bakal dihoskan oleh Shuk Sahar, Elly Mazlein dan akan dinilai oleh dua juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat dan Altimet.
Mentor Milenia 2019 bakal menemui penonton TV3 pada setiap Ahad, jam 9 malam.
Amri Hassan
Wed Oct 02 2019


Markah Penuh MLS3: Nampak Struggle, Punch Line Tak Kick, Joki Tersingkir
Ini markah penuh bintang-bintang MLS3 minggu keempat.

NIZAM JENTIK-JENTIK KELAKOR KE?| Borak Dulu Baru Kamu
Bukan senang nak buat lawak. Ada disiplin dia sendiri okay. Ni Nizam Jentik- Jentik nak share ilmu sikit. Tapi teka-teki dia lawak ke? Korang kena dengar sendiri! #BorakDuluBaruKamu #BDBK #ZonLawak Muzikal Lawak Superstar 3, setiap Jumaat jam 9.00 malam di Astro Warna atau strim di Astro GO.
![[VIDEO] “Terima Kasih Datuk” – Ning Baizura Hargai Kata-Kata Semangat Daripada Siti Nurhaliza [VIDEO] “Terima Kasih Datuk” – Ning Baizura Hargai Kata-Kata Semangat Daripada Siti Nurhaliza](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/whatsapp-image-2022-08-12-at-9-36-54-am.jpeg?ext=.jpeg)
[VIDEO] “Terima Kasih Datuk” – Ning Baizura Hargai Kata-Kata Semangat Daripada Siti Nurhaliza
Ning Baizura terima kasih pada Siti Nurhaliza
![[VIDEO] Kan Manis Macam Ni... - Eyka Farhana Bertudung, Netizen Kata Iras Fazura, Amyra Rosli [VIDEO] Kan Manis Macam Ni... - Eyka Farhana Bertudung, Netizen Kata Iras Fazura, Amyra Rosli](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/whatsapp-image-2022-08-12-at-9-36-56-am-(1).jpeg?ext=.jpeg)
[VIDEO] "Kan Manis Macam Ni..." - Eyka Farhana Bertudung, Netizen Kata Iras Fazura, Amyra Rosli
Ayu manis muka Eyka Farhana

Nama Dipetik Dalam Live Neelofa, Fazura: “Saya Rasa Ini Tiada Kena Mengena Dengan Saya”
Fazura kata isu berkenaan tiada kena mengena dengan dirinya

Kena Reject Crush, Mulut Laser, Ini Top 5 Karakter Dari Hantu Raya Pergi Perang Paling Relatable
Macam terkena batang hidung sendiri ni huhuhu.

“Saya Penyanyi Dangdut Tak Kan Nak Berdiri Tegak”- Ifa Raziah Jawab Dakwaan Bergelek Di Majlis Akikah
Ifa Raziah Jawab Dakwaan Bergelek Di Majlis Akikah

Salih Yaacob Request Nak Nampak Gigi ‘Rongak’? Semak 3 Momen Menarik Shooting Kalut Nak Kahwin
Memang steady la Salih Yaacob

MLS3: Rupanya Sharif Dah Aim Namie 2 Tahun Lepas! - “Abang Nampak Kau Macam Ada Something Lah”
Ada sebab kenapa Namie tak masuk MLS sebelum ini.

Momen MLS3: Tak Berhenti Jadi Guru, Namie Hanya Ambil Cuti, Katil Zahid Patah & Juri Cringe?
Macam-macam hal eh masing-masing di minggu ketiga hari tu.