Hiburan
Mahu Seseorang Yang Ada Pengalaman Urus Selebriti, Norman Hakim Cari Pengurus Peribadi
Pelakon dan pengacara Norman Hakim mahu mencari seorang pengurus peribadi bagi menguruskan perjalanan kariernya dan perniagaannya.
Menerusi laman sosial Instagram, Norman berkongsi pencarian secara terbuka tersebut untuk tatapan umum.
“Yup, betul apa yang isteri cakap, saya tengah cari official personal manager yang boleh uruskan brand Norman Hakim khususnya dalam rundingan dan pengurusan jadual.
“Keutamaan diberikan kepada yang ada pengalaman terutamanya pengurusan selebriti sebab ada yang tanya saya di DM tentang bidang tugas. Saya yang sepatutnya nak tanya apa pengalaman dan servis yang boleh membantu melancarkan perjalanan karier dan bisnes saya.
“Kalau ada yang boleh bantu, sila DM okay,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ada wargamaya yang mencuba nasib memohon jawatan tersebut.
“Saya perancang bandar. Kalau bandar saya boleh rancangkan kemajuan, inikan pula perancangan kemajuan dan perniagaan tuan Norman. Semoga berjaya kepada semua yang mencuba,” komen seorang wargamaya.
Terbaru, Norman memegang watak sebagai Emran dalam drama siri Chandelier.
Selain Norman, drama bersiri ini turut menampilkan pelakon berbakat seperti Ben Amir, Mimi Lana, Shasha Abedul, Nadya Syahera, Nynaa Harizal, Alif Muhaimin dan ramai lagi.
Diarahkan oleh Michael Ang, drama bersiri ini merupakan karya adaptasi novel judul sama nukilan Acik Lana.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Chandelier di slot Megadrama, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Gunakan hashtag #DramaChandelier untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial!