Walaupun usahawan selebriti, Datin Vivy Yusof sudah tampil memohon maaf di atas kesilapannya yang didakwa memperlekehkan nasib B40, namun warganet kelihatan masih tidak berpuas hati.

BACA: Vivy Yusof Mohon Maaf, Jelaskan Maksud Komen ‘Exactly’ Kepada Rakan

Menerusi laman Twitter seorang pengguna @HasrulRizwan, sebuah petisyen telah dilakukan sebagai tanda melancarkan gerakan memboikot Vivy yang merupakan Pengasas Fashion Valet dan Duck Group.

"Drop Datin Vivy Yusof as UITM board member & choose an alumni - sign the petition!" tulisnya.



Petisyen yang mengumpul lebih 25,000 sokongan itu telah ditandatangan oleh pelajar dan orang luar bagi melucutkan jawatan Vivy sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UITM) dan Alumni.

Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 33, memegang amanah tersebut sejak Jun tahun lalu.

Entri tersebut telah mendapat hampir 4,000 kicauan (retweets) dan 3,000 tanda suka (likes).

Menerusi pemerhatian Gempak, Vivy bertindak menutup ruangan komen di Instagram (IG) miliknya.



Terdahulu, pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim mencuri tumpuan wargamaya apabila namanya dicadang sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM bagi menggantikan Vivy.

BACA: “Ini Baru Betul Alumni Berjaya” - Netizen Cadang Rizalman Ibrahim Diangkat Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Selain bergelar graduan fesyen di UiTM, Rizalman juga cemerlang sebagai pereka hiasan dalaman, pengurus majlis, pengatur majlis perkahwinan serta personaliti TV.