Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Mahu Wanita Muslim, Usahawan British Guna Papan Iklan Cari Jodoh

Azwa Rahman
06/01/2022 12:13 MYT
Seorang pemuda di Britain nekad mempromosikan dirinya sendiri di papan iklan gergasi demi untuk mencari bakal isteri.

Memetik laporan Birmingham Live, lelaki berketurunan Pakistan, Muhammad Malik, 29, bertindak demikian dengan harapan iklan tersebut dapat menyelamatkannya daripada perkahwinan yang diatur oleh keluarga.

Malah, usahawan yang menetap di London itu turut menghasilkan laman web Findmalikawife.com dan membeli beberapa papan iklan dengan harapan untuk bertemu dengan suri hatinya.

"Saya masih belum menemui gadis sesuai. Saya terpaksa menggunakan kaedah ini," ujarnya menerusi laman web yang direka khas itu.

Difahamkan, Malik turut menetapkan kriteria wanita idamannya termasuk seorang Muslim berusia dalam lingkungan 20-an.

"Saya terbuka untuk menerima bakal isteri daripada etnik lain namun keluarga saya berpegang kuat kepada tradisi dan agama. Oleh itu, saya perlu mengekalkannya," jelasnya.

Sejak wajahnya terpapar di papan iklan pada Sabtu, Malik mendakwa dia telah menerima ratusan mesej.

"Saya belum sempat membaca kesemuanya," katanya lagi.

Kredit foto: BBC
#Jodoh #London #Find Malik a wife #Perkahwinan diatur #Wanita muslim