Pelakon Alvin Chong akui dia mencari teman hidup yang boleh memenuhi empat ciri-ciri wanita idamannya

Alvin mendedahkan perkara itu kepada pelakon Fattah Amin di dalam program realiti The House musim keempat (The House 4) yang pernah bersiaran pada tahun 2017.

“Yang pertama dia mestilah seorang yang menghormati ibu bapa saya. Kedua dia perlu ada kerjaya sendiri.

“Ciri-ciri lain dia perlu pandai masak dan terakhir dia kena bijak menguruskan kewangan keluarga,” katanya.

Itu antara sedutan program The House 4 untuk episod 2 yang mana Alvin dan Fattah ditempatkan di dalam sebuah ‘boat house’.

The House 4 menyaksikan gelagat serta keletah lucu yang mencuit hati dari Fattah Amin dan Alvin Chong.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini Astro Gempak akan menayangkan kembali siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah!

Tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak!

Tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak!