Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Maia Estianty Tak Akan Datang Majlis Nikah Anaknya, Al Ghazali: “Ada Komitmen Lain…”

Maliah Surip 10/05/2025 | 13:50 MYT
Maia Estianty tanpa berselindung memberitahu dirinya tidak akan hadir pada majlis pernikahan anak sulung hasil perkongsian hidup sebelum ini bersama Ahmad Dhani, Al Ghazali yang dijadualkan pada Jun ini.
Menerusi satu temu bual yang disiarkan di YouTube Starpro, Maia mengatakan tidak masuk campur dengan urusan pernikahan Al dan tunang, Alyssa Daguise.
“Saya tidak ikut campur saya yang pasti kemungkinan besar tidak di Indonesia saat acara itu.
“Memang sudah ada komitmen sama orang lain,” kata Maia seperti dilaporkan Viva.co.id.
Maia bagaimanapun mengatakan sudah mempunyai rencana sendiri bersama ayah Alyssa untuk meraikan hari bahagia anak-anak mereka.
“Seperti telah saya katakan sebelum ini saya dan bapa Alyssa telah merancang resepsi yang sangat intim dan tertutup. Kami hanya mengundang keluarga dan teman dekat sahaja,” katanya lagi.
Pengakuan Maia sekaligus mematikan khabar angin yang mengatakan dia akan duduk bersama mantan suaminya, Dhani untuk meraikan detik perkahwinan anak mereka.
#Viral #Anak #Nikah #Indonesia #Maia Estianty #Al Ghazali