Laman Utama

The Maid 2: “Tolonglah Koma Je”- Baru Episod 1, Penonton Tak Puas Hati Jay Dah Mati!

Syafiqah Jalal
07/07/2022
10:50 MYT
Episod pertama drama Gempak Original Series, The Maid 2 telah pun ditayangkan dan mendapat sambutan yang menggalakan dari penonton dan pengguna laman sosial.
Semalam, dalam episod 1 menyaksikan kesinambungan telatah Suhana lakonan Sherry Alhadad, Nadia (Datin Paduka Eina Azman) dan Fika yang dilakonkan oleh Ezzaty Abdullah selepas mereka diceraikan oleh Jay (Norman Hakim), penulis novel Payung Emas.
Lebih membuatkan mereka tidak berpuas hati apabila Jay kini mempunyai isteri baharu bernama Qina yang dilakonkan oleh Marsha.
Situasi mereka bertambah buruk apabila harta mereka telah berpindah milik kepada Jay setelah Jay berjaya memperdayakan mereka untuk menandatangani satu surat.
Justeru, Suhana, Nadia dan Fika mula berbaik dengan satu sama lain dan merancang untuk membalas dendam kepada Jay.
Jay dan Qina pergi bercuti di sebuah resort yang terletak di Pulau Dao. Resort itu baru sahaja diambil alih oleh Qina. Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori Jay ke resort itu dengan senyap untuk membunuhnya.
Ketika mereka berada di resort, mereka terserempak dengan Remy yang kini bekerja sebagai Ketua Pengawal Keselamatan.
Namun, sebelum mereka sempat melaksanakan perancangan untuk membunuh Jay, Jay telah ditemui mati di kolam renang resort itu.
Menerusi tinjaun Gempak di Twitter, rata-rata seperti tidak berpuas hati kerana watak Jay mati terlalu cepat.
“Haiyak! Episod 1 tak mungkin la En. Jay sudah tumbang. Please tolong la koma je. Nak tengok scammer beraksi,” ciap salah seorang pengguna twitter.
“Haa sudah, Siapa pula yang bunuh Jay tepi swimming pool ni,” tanya salah seorang warga maya.
“Weyh matilah pulah Jay ni,” komen salah seorang netizen.
Siapakah pembunuh misteri pada kali ini? Saksikan The Maid 2 yang ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 6 Julai 2022 melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Khas untuk pelanggan Astro, mereka berpeluang menyaksikan dua episod pertama secara serentak, juga pada 6 Julai 2022 mulai jam 9.30 malam secara strim menerusi On Demand. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati siri komedi ini di Astro.
Selain itu, ‘Video Pengakuan The Maid 2’ (Digital Extension) boleh ditonton secara percuma di platform Gempak.com setiap Rabu pukul 10.05 mulai 6 Julai. Video Pengakuan ini menampilkan temubual secara intim dengan karakter-karakter seperti pengakuan Suhana, Nadia, Fika, Qina dan ramai lagi mengenai apa yang berlaku setiap minggu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video