Akhirnya, senjata yang disyaki digunakan untuk membunuh Elissa telah ditemui polis dalam episod kelima malam ini.

Pembantu rumah Suhana iaitu Kak Mel masih lagi mengaku dia yang membunuh Elissa dan rela dirinya didakwa.

Namun pengakuan Kak Mel yang menyerah diri secara sukarela itu telah membuatkan inspektor polis mula mengesyaki sesuatu dan menyedari ada yang tidak kena.

Selain itu dalam episod kelima ini, Citra telah memulakan penyiasatannya terhadap ketiga-tiga madu Jayden dan sudah mula suspek seseorang.

Siapakah madu yang Citra suspek? Jangan lupa saksikan The Maid pada jam 9.30 malam ini yang akan ditayangkan di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).

Jika anda terlepas menonton espisod sebelum ini, jangan bimbang kerana masih belum terlambat. Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand. Hanya search The Maid di ruangan cari.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Karya yang mendapat sentuhan daripada pengarah filem pecah panggung Bikers Kental, iaitu Helmi Yusof dan terbitan oleh Michael Ang itu akan bersiaran selama setengah jam sebanyak 10 episod.

The Maid menampilkan pelakon-pelakon seperti Norman Hakim ,Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Nadya Shahera, Zarina Zainoordin, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham dan Siti Khadijah.

The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand.