Episod kedua The Maid yang lalu telah membongkar sedikit demi sedikit mengenai kes pembunuhan Elissa iaitu watak yang dilakonkan oleh Mira Filzah.
Ramai penonton yang memberi respon terkejut selepas pembantu rumah isteri pertama, Suhana iaitu Kak Mel mengaku membunuh Elissa.
Rata-rata tidak percaya dengan pengakuan tersebut dan mula suspek ada sesuatu yang berlaku disebaliknya.
Malah, ramai yang meneka Suhana iaitu lakonan Sherry Alhadad yang membunuh Elissa sebagai dendam isteri pertama.
“Kak Mel yang bunuh…tapi kenapa Kak Mel bunuh Elissa?” persoal salah seorang pengikut di akaun Instagram Gempak.
“I'm pretty sure Suhana tu yang bunuhhhhhh,” teka salah seorang netizen.
“Macam Sherry Alhadad jer yang bunuh,” teka lagi salah seorang warga net.
Pada episod kedua yang lalu, polis memulakan siasatan dan menyoal siasat semua isteri. Mereka saling syak dan tuduh antara satu sama lain. Tiba-tiba muncul pula Citra pembantu rumah yang baharu.
Terlepas mengikuti episode terdahulu The Maid? Jangan risau anda boleh menontonnya di Astro Go atau On Demand. Hanya search The Maid di ruangan cari.
Karya yang mendapat sentuhan daripada pengarah filem pecah panggung ‘Bikers Kental’, iaitu Helmi Yusof dan terbitan oleh Michael Ang itu akan bersiaran selama setengah jam sebanyak 10 episod.
The Maid menampilkan pelakon-pelakon seperti Norman Hakim ,Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Nadya Shahera, Zarina Zainoordin, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham dan Siti Khadijah.
The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.
Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.
Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.
Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go, On Demand.
Syafiqah Jalal
Sat Jan 16 2021


#GempakKeliwon: Pocong Berguling Depan Mata Lepas Balik Tengok Kuda Kepang! Rupanya Isim...
Merungkai persoalan sama ada pocong melompat atau...

Kenapa NASI Tak Elok Dipanaskan Berkali-Kali? Bukan Sebab Cara Panaskan Tu Tapi...
Nasi yang dibiarkan sejuk kemungkinan besar mengandungi bakteria Bacillus Cereus yang boleh menyebabkan keracunan. Puncanya bukan sebab cara nasi itu dipanaskan.

“Dia Semangkuk Sup Pun Dah Okay, Saya Semua Benda Nak Makan” - Rain Sering Keluar Makan Tanpa Isteri
Boleh bayang mesti makanan Rain penuh satu meja hehe

Khai Bahar Teruja Dengan Suara Aina Abdul | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Bukan Khai je terpegun dengan suara Aina Abdul ni, min pun sama. Hahaha. Semoga korang berdua banyak lagi menghasilkan lagu duet bersama. Sumpah best suara diorang!

Yazmin Cikgu Serba Boleh | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Haa, khas utk korang kami bawakan Yazmin Aziz. Memang power laa dia ni. Banyak pula tu bahasa dia boleh cakap haha.

Nafas Cinta - Aina Abdul, Khai Bahar ft. Le'Lagoo Band | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Perghh. Min dah dengar dah kelunakkan suara diorang, so sekarang turn korang pula! Jom layan!

Uncle Nak Jawab SPM Lagi Tahun Depan | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Kitorang memang bagi 100% support untuk uncle. Walaupun uncle dah berumur, tapi semangat tu masih tebal dalam diri uncle. Goodluck Uncle!

#TravelMana: Nak Travel Solo Tapi Takut, Cabar Diri Dengan Enam Destinasi Selamat Ini, Confirm Puas Hati!
Tak cuba, tak tahu!

Khai Bahar Terpegun, Aina Abdul Teruja dan Uncle Nak Jawab SPM Lagi? | Gempak TV S2 - EPS 54 | #EdisiDudukRumah
Khas kami bawakan kepada korang, Aina Abdul dan Khai Bahar. Dengar kata diorang nak buat second duet, betul ke? Uncle jawab SPM lagi? Semuanya dalam Gempak TV!

Jadi Mangsa Kena Tinggal Kekasih, Aidil Maula Mengaku Susah Nak Move On! - "Hati Memang Kecil Tapi..."
Penyanyi baru yang sedang mencipta nama, Aidil Maula akui pernah patah hati dan ditinggalkan suatu ketika dahulu.