Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Main Filter TikTok, Netizen Terhibur Fyna Jebat Dapat Watak ‘Penyondol’- “Setepek Kena”

Shahrin Zulkifle
13/03/2023 01:00 MYT

Gelagat spontan dua adik beradik yang juga penyanyi, Ayda Jebat dan Fyna Jebat yang menggunakan filter di aplikasi TikTok mengundang rasa lucu dalam kalangan warganet.

Menerusi video tersebut, Ayda dan Fyna dilihat teruja untuk bermain filter berkenaan yang bertemakan “muka kau sesuai berlakon watak?” sebelum kedua-duanya mendapat watak sebagai seorang ‘penyondol’.

Bagaimana pun, mereka berdua tidak merasa terkejut sebaliknya Ayda hanya mampu ketawa dan sempat berseloroh dengan menyatakan Fyna sesuai dengan watak yang diberikan itu.

“Adik (Fyna), watak ini sesuai untuk awak,” ujar Ayda dalam nada bergurau.

undefined

Pun begitu, Fyna selepas mendapat watak ‘penyondol’ hanya tersenyum dan tergelak kecil.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya terhibur dengan gelagat dua adik beradik itu selepas ‘terkena’ dengan filter tersebut selain merasa lucu dengan tindakan Ayda yang menyakat adiknya.

“Ayda Jebat ni kelakar betul la haha,” ujar seorang wargamaya.

“Hahahah setepek kena dengan filter,” komen seorang netizen.

“Terlalu jujur aduhai haha,” kata seorang warganet.

Terdahulu, pendedahan Fyna memaklumkan sudah berkahwinan dengan bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan iaitu Datuk Zainal Abidin telah mengejutkan ramai.

Malah, nama Fyna menjadi bualan netizen selepas ada yang menyifatkan dia sebagai 'penyondol' memandangkan dia merupakan isteri kedua Zainal.

Dalam pada itu, sekitar Januari lalu pihak polis mengesahkan berlaku pergaduhan kecil antara Fyna dan isteri pertama Zainal di sebuah kedai makan sehingga laporan dibuat.

#Ayda Jebat #Zainal Abidin #TikTok #Fyna Jebat