Pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa telah berkongsi foto ketika bermain golf baru-baru ini.

Gambar tersebut dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya.

"Nak fikir sekejap, nak rembat bola golf ke nak rembat kepala you ya?" tulisnya berseloroh.

Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi komen nakal mengusik pelakon drama Monalisa ini.

"Rembat hati saya lah boleh?

"Hati-hati rembat bola golf tu, belakang tu rumah saya, nanti tercuit hati saya pula.

"Nak rembat hati awak boleh?" antara tulis netizen.

Jap, fikir jap. Nak rembat bola golf ke rembat kepala you eh?

A post shared by Khaleesi (@fatinafeefa) on


Terdahulu, Fatin pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Adam Shahz pada tahun 2013 namun hubungan mereka menemui titik noktah pada tahun 2017.