Pelakon berbakat, Noorkhiriah berkongsi pengalaman ketika mula berhijab dan bagaimana dia terus istiqomah.

Perkongsian itu dibuat menerusi satu posting di Instagramnya yang dimuat naik hari ini.

Menerusi posting tersebut, Noorkhiriah berkata, penghijrahan yang dilakukannya ketika dahulu agak ringkas.

"Asalnya saya tak pandai pun blow rambut, malah rambut gugur sebab baru bersalin anak kedua.

"Lepas tu main-main je sarung tudung, lama-lama jadi best sebab rasa kepala dilindungi. Malah rupanya ramai yang mendoakan," katanya.

Dalam pada itu, Noorkhiriah turut berpesan kepada individu yang baru berhijrah supaya banyakkan bersabar.

"Benda baik bukan mudah nak dapat. Manisnya lambat, onak pula bersepah. Paling utama hijrah hati, Insya-Allah yang lain pasti akan berhijrah. Semoga berjaya," katanya.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata tersentuh dengan kisah pelakon itu.

Tidak kurang juga ada netizen yang berkongsi cerita serta pengalaman mereka ketika pertama kali berhijab.

Phijrahan akak simple..tp bkn bmakna akak dh baik..belum..asalnya tk pandai blow rambut + rambut gugur psl baru pas bsalin anak no 2..memain je sarung2 tudung pstu lelama jadi best kat pala rasa dilindungi..& yg sebenarnya juga adalah doa yg kita tktau..rupanya ada yg mdoakan..pada yg dlm fasa baru berhijrah..sabar ssabarnya..benda baik bukan mudah nak dapat..manisnya lambat..onak bsepah?..yg paling utama hijrah hati..inshaAllah yg lain pasti akan berhijrah..semoga berjaya? #akaktinginsyurgatapidosabanyak

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on