"Main-Main Je Sarung Tudung, Lama-Lama..." - Noorkhiriah Kongsi Pengalaman Mula Berhijab

Hanafis Haris
Oktober 23, 2019 06:15 MYT
Pelakon berbakat, Noorkhiriah berkongsi pengalaman ketika mula berhijab dan bagaimana dia terus istiqomah.
Perkongsian itu dibuat menerusi satu posting di Instagramnya yang dimuat naik hari ini.
Menerusi posting tersebut, Noorkhiriah berkata, penghijrahan yang dilakukannya ketika dahulu agak ringkas.
"Asalnya saya tak pandai pun blow rambut, malah rambut gugur sebab baru bersalin anak kedua.
"Lepas tu main-main je sarung tudung, lama-lama jadi best sebab rasa kepala dilindungi. Malah rupanya ramai yang mendoakan," katanya.
Dalam pada itu, Noorkhiriah turut berpesan kepada individu yang baru berhijrah supaya banyakkan bersabar.
"Benda baik bukan mudah nak dapat. Manisnya lambat, onak pula bersepah. Paling utama hijrah hati, Insya-Allah yang lain pasti akan berhijrah. Semoga berjaya," katanya.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata tersentuh dengan kisah pelakon itu.
Tidak kurang juga ada netizen yang berkongsi cerita serta pengalaman mereka ketika pertama kali berhijab.
#Viral #Hijab #Viral #noorkhiriah