Majlis Bertemu Peminat MK K-Clique Batal, Peminat Luah Rasa Kecewa

Azwa Rahman
Julai 21, 2022 10:22 MYT

Penyanyi rap MK K-Clique terpaksa membatalkan majlis bertemu peminat berikutan jumlah kes harian COVID-19 yang semakin meningkat.

Menerusi laman sosial Instagram, MK atau nama sebenarnya Mohd Hairi Amin Hamdan, 25, memohon maaf kerana majlis Get Starstrucks by MK dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu ini.
“Minta maaf,” tulis MK ringkas di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, MK turut berterima kasih buat kepada semua peminat yang bersabar dan memahami pembatalan majlis tersebut.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa mereka apabila tidak dapat bertemu empat mata dengan pelakon filem 7 Minggu Sebelum Kahwin itu.
“Aduhh baru nak tengok,” komen seorang wargamaya.
“Takpe, next time okay,” ujar seorang wargamaya.
“Nahh kenapa lagi ni,” tulis seorang wargamaya.
“Alaaa sedih,” kata seorang wargamaya lagi.

#Kes COVID-19 tinggi #Majlis MK K-Clique