Majlis Kahwin Bertukar Tragedi, Remaja Tertusuk Badik Maut Depan Pengantin
Maliah Surip
31/10/2024 11:45 MYT
31/10/2024 11:45 MYT
Sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung di sebuah desa di Kabupaten Pangkep, Sulawesi Selatan, Indonesia bertukar tragedi apabila seorang remaja maut tertikam diri sendiri.
Insiden tersebut berlaku sewaktu remaja berusia 18 tahun yang dikenali sebagai F sedang membuat persembahan yang menjadi adat di desa tersebut untuk menyambut pasangan pengantin baharu.
Menerusi video yang tersebar, F dilihat sedang melakukan rutin adat Makasar yang dikenali sebagai angngaru di hadapan mempelai.
Dia memegang sejenis senjata iaitu badik yang dirapatkan pada bahagian kiri dadanya. Namun badik tersebut telah tercucuk dan menikam dadanya sebelum F dilihat rebah dan meninggal dunia.
“Mungkin kerana kurang berhati-hati, hujung badik telah menikam dadanya sewaktu dia melakukan upacara adat tersebut.
“Dia kemudian jatuh dan tidak sedarkan diri dengan badik yang sudah menembus bahagian dada,” ujar pihak berkuasa seperti dilaporkan Detik.com.
Badik adalah sejenis senjata mirip keris yang memang terkenal di Indonesia.