Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Majlis Kahwin, Tahlil, Reunion, Akikah, Hari Jadi Dibenarkan!

Amri Hassan
02/03/2021 11:15 MYT
Kerajaan memutuskan untuk membenarkan penganjuran majlis sosial di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk semua majlis sama ada rasmi dan tidak rasmi yang dianjurkan kerajaan atau swasta.

"Selain itu, majlis perkahwinan, resepsi, pertunangan, akikah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan majlis sosial lain juga dibenarkan.

"Majlis perkahwinan untuk pasangan bukan Islam juga turut dibenarkan," katanya dalam sidang media pada Selasa.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, jumlah kehadiran ke premis di kawasan PKPB adalah 50 peratus daripada keluasan premis.

Sementara, di kawasan PKPP ia boleh mengikut keluasan premis dengan syarat ada penjarakan fizikal.

Beliau berkata, kebenaran itu juga turut diberikan untuk penganjuran seminar, mesyuarat bersemuka, persidangan, bengkel, kursus, latihan, pameran perdagangan dan acara mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE).

"Had kehadiran di kawasan PKPB adalah 50 peratus dari segi keluasan manakala di kawasan PKPP mengikut keluasan premis asalkan ada penjarakan fizikal," katanya.

Foto: Pengantin
#Kahwin #Tunang #Hari Jadi #Reunion #Tahlil #PKP #PKPB #PKPP #Majlis Sosial