,
Berita

Majlis Santapan Diraja Mendapat Sentuhan Tunku Azizah, Ini 5 Antara Perkara Menarik Mengenai Istiadat Pertabalan Agong Ke-16

Syafiqah Jalal
29/07/2019
00:00 MYT
Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal berlangsung dengan penuh bersejarah di Istana Negara pada 30 Julai ini.
Istiadat ini merupakan istiadat tertinggi di dalam negara dan ia melibatkan keberangkatan semua Duli Yang Maha Mulia Raja-raja serta kehadiran Yang di-Pertua Negeri-Negeri serta pemimpin Kerajaan Persekutuan dan negeri.
Sempena dengan istiadat tersebut, 30 Julai 2019 diisytihar sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sempena Istiadat Pertabalan Agong, ini 5 perkara menarik yang anda perlu tahu!
  1. Enam Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong
Enam acara utama disusun atur sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bermula Khamis lalu. Semua acara itu ditentukan melalui Jawatankuasa Khas Istiadat Pertabalan yang dipengerusikan Menteri di JPM, Datuk Seri Mujahid Yusof.
Acara dimulakan dengan majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat pada Khamis lalu di Masjid Negara, Istiadat Pertabalan pada 30 Julai di Balairung Seri Istana Negara dan diikuti Majlis Santapan Diraja keesokan harinya di Dewan Santapan Utama Istana Negara.
Tiga lagi acara lain ialah Lawatan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Hospital Rehabilitasi Cheras (1 Ogos), Pameran Raja Kita di Muzium Diraja di sini (5 Ogos hingga 5 November) serta Khutbah Khas dan solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya pada 2 Ogos.
  1. Kehadiran Tetamu Kenamaan
Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah adalah antara tiga tetamu kenamaan diraja yang akan berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Selasa depan.
Dua tetamu diraja lain yang telah mengesahkan kehadiran ialah Putera Mahkota Jordan, Ali Al-Hussein; dan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan.
  1. Majlis Santapan Diraja Mendapat Sentuhan Raja Permaisuri Agong
Menu yang akan dihidangkan pada Majlis Santapan Diraja akan mendapat sentuhan peribadi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menu tersebut boleh dikatakan ‘personal touch’ Tunku Permaisuri sendiri. Tetamu dijemput patut berasa bertuah kerana dapat merasa sendiri air tangan Raja Permaisuri Agong.
  1. Bukan Pengalaman Pertama
Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mempunyai pengalaman berangkat menghadiri Istiadat Pertabalan kedua-dua ayahanda dan ayahanda mentua iaitu Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.
  1. Sultan Abdullah & Tunku Azizah Aktif Suntik Idea
Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut melibatkan diri secara aktif dalam menyuntik idea dan memperincikan persiapan Istiadat Pertabalan.
Banyak perkara seperti rekaan kad jemputan, cenderahati dan buku program selain pemilihan pakaian seperti songket dan tengkolok pegawai istiadat ditentukan oleh Seri Paduka berdua secara terperinci. Ini menggambarkan bagaimana seriusnya Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong untuk sama-sama memastikan bahawa Istiadat Pertabalan kali ini menjadi satu Istiadat Pertabalan yang akan dikenang sampai bila-bila.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

#AgongKita: Ini Sebenarnya Maksud Keunikan Motif Gambir, Lada Hitam Hiasi Tengkolok Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

gempak
20/07/2024
03:30 MYT
Motif gambir dan lada hitam yang cukup sinonim dengan Johor buat pertama kalinya diangkat menghiasi tengkolok atau destar Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim pada Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, Istana Negara hari ini.
Viral

“5 Tahun Berlalu, Patik Belum Puas Nikmati Kasih Sayang Tuanku” - Kenit

gempak
01/02/2024
04:55 MYT
Terima kasih atas segalanya
Laman Utama

Misscelyn Jadi 'Anakanda Angkat' Tunku Azizah, Ibu Mimpi Anak Dimandikan Atas Dulang Emas

gempak
03/11/2023
04:45 MYT
Missclyen menghidap sindrom Congenital Generalised Hypertrichosis
Laman Utama

“Wedding Of The Year” - Agong & Raja Permaisuri Berkenan Singgah Menyantuni Pengantin Baharu Di Sarawak

gempak
12/09/2023
05:50 MYT
Bestnya!
Laman Utama

“Tak Baik, Bukan Tuanku Yang Suruh Buat…” - Tular Isu Dikerah Bersih Kawasan Sebelum YDPA Santuni Mangsa Banjir, Ini Respons Raja Permaisuri Agong

gempak
26/12/2021
04:40 MYT
Siapa yang keluarkan arahan? Budaya kipas ni patut dibanteras!