Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Majlis Ulama Aceh Haramkan PUBG

Kamaruddin Razal
22/06/2019 21:28 MYT
Majlis Ulama Aceh mengharamkan permainan dalam talian popular, PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) selepas ia didakwa menghina Islam dan menyebabkan ketagihan kepada pemain.

“Kerajaan tempatan wajar mempertimbangkan larangan secara terang-terangan.

"Fatwa kami menetapkan PUBG dan permainan yang lain sepertinya adalah haram kerana ia boleh mencetuskan keganasan dan tingkah laku seseorang,” kata Timbalan Pengerusi Majlis Ulema Aceh, Faisal Ali.

Fatwa tersebut telah dikeluarkan di wilayah yang menguatkuasakan undang-undang Islam itu selepas Iraq, Nepal dan negeri Gujarat di India melarang PUBG kerana bimbang ia menghasut keganasan dalam dunia nyata.

Sumber: Sinar Harian / Astro Awani
#PUBG
;