Hiburan
"Majoriti Mempermainkan Saya" - Siti Sarah Bengang Dengan Netizen!
Penyanyi Siti Sarah bengang apabila dipermain dengan pengikutnya di akaun Instagram (IG) miliknya.
Pengikut tersebut mempermainkan Sarah ketika dia meminta tolong untuk mencarikan pembantu rumah Filipina muslim.
Merasakan tidak berpuas hati, Sarah menegur segelintir pengikut menerusi sebuah entri terbarunya.
"Bila saya minta bantuan..majoriti mempermain-mainkan saya.
"Dengan tag nama-nama kawan..Macam nak menghina kawan untuk jadi maid..Its not funny.
"Saya menganggap pembantu rumah adalah antara pekerjaan yang mulia.
"Di saat saya dan suami bertungkus-lumus membantu orang lain, ada hamba Allah yang sudi membantu saya, membesarkan anak-anak saya.
"Sebagai Muslim bukankah kita harus saling membantu," tulisnya.
Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Sarah menegur golongan tersebut serta memuji sikapnya yang merendah diri.
"@mama_dhulfiqar: Sebenarnya ramai yang kurang cerdik, dan suka beri komen untuk nampak tidak cerdik! Sangat menyedihkan."
"@cik_kaktusss: Yes setuju..Tak semua benda boleh pandang rendah.
"@marinahali: Syabas Siti! Sikap yang mulia dan terpuji..Jangan selalu memperkecilkan pekerjaan pembantu rumah..Mereka juga memperjuangkan nasib keluarga seperti kita semua."
"@honeyzah_kitchen: Betul tu..Tak baik mainkan pekerjaaan orang..Macam-macam manusia ada kat dunia ni."
Sarah dan Shuib telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.