Gaya Hidup
"Mak Ada Cucu Baru Ni..." - Diana Rafar Kongsi Video Kenangan Bersama Arwah Mak
Pemergian ibu dan ayah tercinta pastinya meninggalkan rasa kehilangan yang sangat besar kepada sesiapa sahaja. Semakin mendalam rasa rindu apabila tiba pada tarikh pemergian mereka buat selama-lamanya.
Itulah yang dirasakan oleh Diana Rafar apabila berkongsi satu video di Instagram miliknya bersama Arwah ibunya, Allahyarham Rasimah Abd Rahman yang meninggal dunia pada 11 Januari, 2019.
"Assalamuailaikum mak. Mak sihat ke kat sana? Apa khabar mak kat alam sana? kita semua rindu mak. Dah 2 tahun mak tinggal kan kita semua.
"Sunyi sepi kosong je rasa, kena lalui hidup yang perlu diteruskan. Mak ada cucu baru ni kayden dah 3 bulan lebih, mak tak penah jumpa lagi," tulis Diana pada entri video tersebut.
Tulis Diana Lagi, dia juga memohon pengikut-pengikutnya di Instagram untuk menghadiahkan doa buat arwah ibunya.
"Moga berkat doa orang ramai, mak dapat tempat yang best kat sana, Allah kabulkan doa semua, Allah ampunkan segala dosa mak, ditempatkan dikalangan orang beriman, masuk syurga tanpa dihisab. Amin ya Allah amin.
"Mashaallah tak boleh tengok video ni. Semoga mak tenang kan kat sana ya. Al fatiha. Rasimah bt abd rahman," tulis Diana.
Perkahwinan Diana Rafar bersama Zamarul Hisham dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata - Kashfi Haikal, Kayla Reysha dan Kayden Haiqal.
Must-Watch Video