Pelakon Raja Ilya tampil membuat penjelasan mengenai perbandingan foto situasi perkahwinan di Perth, Australia dan di Malaysia ketika menghadapi wabak pandemik Covid-19.

Raja Ilya berkata dia terkejut apabila hantarannya menjadi tular sehingga ada yang menuduhnya menghina Malaysia.

“Terkejut bila post semalam viral. Mak, ai ada ke patut kata kita hina Malaysia? Buang tabiat ke apa? Nak mampus kena tembak masuk Malaysia ke apa?

“Aduh pening baca sampai ada pula media yang kata kita bandingkan wedding! Ya Allah sampai ke situ pula! Ada ke manusia yang nak korek kubur sendiri?,” tulisnya di ruangan kapyen pada hantaran terbarunya di laman sosial Instagram (IG).

Sementara itu, menerusi rakaman video pada hantaran sama Raja Ilya menjelaskan dia hanya mahu memberitahu tentang penduduk di Perth yang lebih paranoid berbanding Malaysia yang lebih tenang menghadapi pandemik Covid-19.

Katanya lagi, foto yang dimuat naik pada posting terdahulu juga merupakan hiasan semata-mata dan tidak mempunyai niat untuk memfitnah atau menghina negara sendiri.

"Saya hanya ingin menggambarkan yang Perth sangat paranoid sampai tak bagi kiteorang keluar kerana fully lockdown.

“Gambar itu pula hanya iIlustrasi dan tak ada kena mengena untuk menjatuhkan sesiapa atau mempermainkan maruah sesiapa.

“Korang memang betul-betul fikir Ilya ini manusia yang lupa daratan? Kalau korang kenal saya, saya ni jenis suka bergurau dan takkanlah saya serius sangat nak buat benda macam tu.

“Tetapi saya minta maaf kalau anda posting tu tak kelakar tapi kepada yang rasa gambar tu lucu terima kasih sebab faham maksud Ilya,” katanya.

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

Dua hari lalu perkongsian Raja Ilya mengundang kecaman waraganet yang menganggap hantarannya menghina mentaliti orang Malaysia.

Rata-ratanya tidak berpuas hati kerana Raja Ilya membandingkan foto situasi perkahwinan di Malaysia ketika sebelum pandemik Covid-19 melanda.