Hiburan
“Mak Aih Ni Baru Lambai Belum…” - Catwalk Turun Tangga, 8000 Penonton Bersorak Bila DSV Datang Konsert BLACKPINK
Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) menjadi tumpuan apabila hadir ke konsert hari kedua kumpulan K-Pop popular, BLACKPINK yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada Ahad.
Malah DSV yang hadir dengan memakai pakaian kasual dan sedang menuruni tangga sambil melambaikan tangannya itu disambut dengan sorakan 8000 penonton yang hadir.
Tidak cukup dengan itu, ada juga penonton yang berada berdekatan dengan DSV juga tidak melepaskan peluang merakamkan momen epik tersebut.
DSV juga berkongsi video tersebut menerusi akaun Instagramnya semalam.
“Bila pink bertemu queen pink haha… Demi anakku @cikb_havoc66. Saya terjebak g tengok konsert.
“Siapa pergi tengok concert #blackpinkinmalaysia tadi? Tengok tak apa yang berlaku? QUEEN PINK bertemu BLACKPINK. Siapa lagi famous? Haha,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya memuji DSV yang sanggup turun padang demi anak perempuan kesayangannya, Cik B yang meminati BLACKPINK.
Tidak kurang juga ada yang mengusik DSV dan melabelkan tahap popularitinya hampir menyamai kumpulan tersebut.
Terdahulu BLACKPINK telah mengadakan konsert selama dua hari di Kuala Lumpur pada 23 dan 24 March lalu bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.
Foto: Instagram @datoserivida
Must-Watch Video