HIBURAN
Mak Anna Jobling Bidas Dakwaan ‘Kenalan Rapat’, Kata Anna Belikan Rumah… - “Kat Mana Rumah Yang Heboh Tu? Tak Pernah Tahu Kewujudan..”
Ibu kepada pelakon Anna Jobling, Ariz Arop tampil menafikan dakwaan kononnya aktres itu telah memberikan sebuah rumah kepadanya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ariz menegaskan kenyataan yang tular itu tidak benar sama sekali selain menyifatkan individu yang menyebarkan cerita berkenaan sekadar menokok tambah.
“Kat mana rumah yang heboh kata anak i belikan i tu?? Tak pernah tahu kewujudan rumah tersebut.
“Cukup-cukuplah menokok tambah… ‘kenalan rapat’ tu pun ya. Tak penat ke buat cerita.
“Berdosa ya mereka reka cerita sampai buat rantaian dosa. Jawab la nanti di akhirat,” tulisnya.

Sebelum ini, kemelut keluarga Anna dan ibunya menjadi perhatian apabila muncul seorang individu dipercayai ‘kenalan rapat’ keluarga mendakwa pelakon itu memberi wang RM10,000 sebulan kepada ibunya serta membeli rumah.
Dalam masa sama, individu tersebut mendakwa sikap Anna yang memilih berdiam diri bukan kerana lemah, sebaliknya demi menjaga maruah ibunya meskipun dirinya sering dipersalahkan.
Bagaimanapun, Ariz hanya menafikan tentang dakwaan rumah dan tidak mengulas mengenai pemberian wang bulanan yang dikaitkan dengan Anna.
Must-Watch Video