Hiburan

“Mak Apa Macam Tu?” - Netizen Bengang Dengan Dynas Mokhtar Sebab Benci Anak Sendiri

gempak
Fiza Kamarudin
06/05/2020
04:14 MYT
Sponsor Banner
“Mak Apa Macam Tu?” - Netizen Bengang Dengan Dynas Mokhtar Sebab Benci Anak Sendiri
Pelakon Dynas Mokhtar terpaksa berdepan dengan rasa ‘benci’ warganet gara-gara watak ibu yang membenci anaknya sendiri.
Watak Dynas sebagai Norizah, dalam drama bersiri Korban Kasih ternyata menjadi apabila warganet dilihat mula meninggalkan komen di laman sosial Instagram (IG) Dynas.
Rata-ratanya meluahkan rasa marah dan tidak berpuas hati dengan Norizah yang membenci anaknya Jalil, tanpa sebab. “Cik Norizah tak adill! Kena sayangkan Jalil jugaklah!,” tulis pengikut Dynas di IG yang menggunakan nama @FarhanFakrullah.
“Ishhhh…Jalil yang berkorban untuk keluarga tau tak mak?”, tulis seorang pengguna lain.
“Kesian Jalil, Mil…Tolonglah pujuk mak tu supaya terima Jalil…Sedih yang amat cerita ni, best sangat-sangat,” kata salah seorang pengikut pada foto Dynas bersama Azrel Ismail yang melakonkan watak Jamil, kembar Jalil lakonan Saharul Ridwan.
Drama tersebut sebelum ini menerima kritikan warganet apabila menampilkan pelakon-pelakon berusia sebagai pelajar sekolah.
[[BACA: “Masing-Masing Macam Dah 36 Kali Baligh” - Jadi Pelajar Sekolah, Pelakon-Pelakon Drama Ini ‘Dibahan’ Netizen]]
Namun selepas beberapa episod ditayangkan, drama terbitan stesen penyiaran RTM itu mula menjadi ikutan ramai, tambahan lagi apabila siaran ulangannya pada waktu sahur.
Kualiti ditonjolkan para pelakonnya seperti Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Ummi Nazeera, Dynas Mokhtar dan Zara Zya mula meninggalkan kesan di hati penonton.
Korban Kasih merupakan sebuah siri drama adaptasi novel Korban Kasih 1&2 karya Fatimah Saidin, arahan Mohd Fazli Yahya dan skrip olahan Farhana Fauri yang memulakan tayangan pada 1 Ramadan lalu (24 April 2020).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live