Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mak Cik & Pak Cik Bawang Nusantara Bersatu, Laman YouTube MasterChef UK Dipadam

Amri Hassan
03/04/2018 15:24 MYT
Selepas tular kisah 'rendang ayam crispy', semakan terbaharu mendapati video episod yang memaparkan penyingkiran Zaleha Kadir Olpin di YouTube rasmi MasterChef UK, telah dipadamkan.

Laman itu semalam diserang oleh netizen bukan sahaja dari Malaysia, malah dari negara-negara Nusantara termasuk Indonesia dan Brunei.

Bukan sahaja mempersoalkan kredibiliti juri, malah tidak kurang juga yang meninggalkan komen berbentuk sindiran dan mengecam pihak produksi.

Pada mulanya, laman itu hanya menutup ruangan komen, namun difahamkan, ia terus dipadamkan sekitar jam 11 pagi tadi.

Ia berkemungkinan besar berpunca daripada kemarahan bertubi-tubi netizen terhadap komen tidak masuk akal juri pertandingan itu, John Torode dan Gregg Wallace, terhadap juadah nasi lemak rendang ayam yang dimasak Zaleha.

Baca: Isu Rendang Ayam Tak ‘Crispy’, Chef Wan Minta Juri Masterchef UK Berhenti Jadi

Zaleha, 48, yang berasal dari Kuantan, Pahang, merupakan salah seorang peserta MasterChef UK musim ke-14.

Dia yang kini menetap di Bristol, UK bersama suami dan dua anak mereka, menyediakan hidangan nasi lemak dengan rendang ayam pada peringkat suku akhir.

Namun Zaleha tersingkir kerana juri mendakwa ayam rendangnya tidak rangup, selain turut mendakwa kuah rendang tidak sesuai diletakkan berasingan.
#MasterChef UK #Rendang Ayam #Zaleha
;