"Mak Cik Tu Nak Salam, Tapi Dia Terus Peluk..." - Peminat Aminkan Doa Agar Neelofa Lekas Bertemu Jodoh

Kamaruddin Razal
Januari 27, 2019 20:46 MYT
Pengacara jelita, Neelofa memulakan tahun 2019 dengan melakukan kerja khidmat masyarakat bersama peminatnya, Neelofa Team.
Berlangsung pada Sabtu lalu, program aktiviti kemasyarakatan ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga syarikat minuman Chatime.
Melibatkan hampir 70 orang peserta, mereka telah berkumpul seawal jam 8 pagi di Kuala Selangor untuk proses agihan barangan keperluan dan juga pembahagian tugasan dan kumpulan.
Sebanyak 10 buah rumah telah dikenalpasti dengan bantuan JKM untuk menerima bantuan dan sumbangan pada kali ini.
Mereka yang terpilih merangkumi pelbagai aspek keperluan, antaranya mempunyai ahli keluarga yang berstatus orang kelainan upaya, kematian suami atau isteri, mempunyai masalah kesihatan mental dan depresi serta mereka yang berstatus ibu tunggal.
Antara bentuk sumbangan yang telah dihulurkan adalah seperti barangan keperluan harian (gula, beras, tepung, sabun pencuci, barang makanan), kelengkapan rumah (set meja makan, peti ais, mesin basuh, dapur memasak) dan juga sedikit sumbangan kewangan.
Tidak terhad kepada sumbangan berbentuk barangan, peserta juga mengambil kesempatan yang ada untuk membersih dan mengemas persekitaran rumah.
Menariknya, menerusi pencarian di laman Twitter, peminat berkongsi momen menarik yang berlaku ketika program itu berlangsung.

While doing CSR with Lofa yesterday, there were many heartwarming moments. Seeing all these people smiled and got excited when they met Lofa was just amazing! And seeing Lofa got even more excited meeting them was just love! Ini satu moment yang paling menyentuh hati. pic.twitter.com/xh7ux7GlVT

— Amirul Ashraf (@mierulashruff) January 27, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebuah video yang memaparkan seorang wanita warga emas terharu apabila diberikan sumbangan oleh Neelofa menarik perhatian peminat pengacara itu.
Peminat memuji aksi spontan Neelofa yang terus memeluk wanita itu selepas menghulurkan sumbangan.

Aamiin! Part paling suka tengok bila mak cik tu macam nak salam je tapi neelofa terus peluk??

— ? (@nisssssss_) January 27, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terharu dengan kemesraan pemilik jenama Naelofar Hijab ini, wanita itu mendoakan agar Neelofa cepat bertemu jodoh.

Terharu dengan sumbangan dan kunjungan dari Lofa, Nenek ini mendoakan agar Lofa cepat bertemu jodoh! ❤#csrneelofaxneelofateam pic.twitter.com/nktdjtXzzF

— Amirul Ashraf (@mierulashruff) January 27, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Peminat juga turut mengaminkan doa tersebut dan mendoakan agar Neelofa segera menamatkan zaman bujang.

Amin...Moga Allah kabulkan..bukan Makcik ni je doa untuk @Neelofa ..Kami semua peminat Lofa sentiasa doakan Jodoh Yang Terbaik untuk Lofa..Amin...

— Nurez (@Nurez12) January 27, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin ?❤

— Neelofa's fans from Perak (@darlaneelofa) January 27, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Neelofa #Pengacara