gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Netizen Terkejut Ameera Khan Guna 'Eye Patch' Harga RM382! - “Macam Nak Cuba Kot Berkesan…”
HIBURAN
"Putrajaya Akan Jadi My Second Home" - Bella Astillah
HIBURAN
Belum Fikir Kahwin, Cakra Khan: “Saya Tidak Boleh Fokus Banyak Bidang”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

'Mak Guard' Hospital Ditahan Kes 'Paw' Duit Warga Emas RM50

gempak
Gempak
20/05/2025
08:25 MYT
Sponsor Banner
'Mak Guard' Hospital Ditahan Kes 'Paw' Duit Warga Emas RM50
Polis menahan seorang pengawal keselamatan selepas disyaki melakukan pemerasan terhadap orang awam yang meletakkan kenderaan di hospital berkenaan pada 23 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 55 saat yang memaparkan kejadian itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok pada Isnin.
“Video itu memaparkan seorang wanita dipercayai meminta pengawal keselamatan memulangkan wang tunai RM50 milik ibunya. Kejadian dipercayai berpunca daripada isu parkir di kawasan hospital terbabit.
“Video berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga net yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pengawal keselamatan tersebut yang didakwa cuba mengambil kesempatan terhadap pengunjung dengan meminta wang sekiranya meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Naazron berkata, suspek juga dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan dan tidak sopan semasa kejadian.
“Bertindak atas laporan mangsa berusia 31 tahun, polis menahan seorang wanita tempatan berusia 28 tahun pada hari sama.
"Suspek kini direman selama dua hari sehingga esok (Rabu) bagi membantu siasatan,” katanya.
Naazron berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ghazali Zulkifli di talian 016-9140758,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Viral
#hospital
#Polis
#Kajang
#Tahan
#Parking
#Mak Guard
#Paw
Must-Watch Video