Laman Utama

“Mak Jangan Nangis Tau” - Perkongsian Que Haidar Undang Sebak Netizen!

gempak
Hanafis Haris
16/05/2021
07:47 MYT
Sponsor Banner
“Mak Jangan Nangis Tau” - Perkongsian Que Haidar Undang Sebak Netizen!
Pelakon Que Haidar berkongsi rasa sedihnya apabila tidak dapat beraya bersama ibu tercinta.

Tambah memilukan, Que turut memuat naik gambar ibunya yang tidak dapat menahan sebak menerusi posting di Twitternya.

“Mak jangan nangis lagi tau, Insya-Allah umur panjang ada rezeki kita jumpa ye.

“Moga mak terus sihat, amin,” katanya.

Posting tersebut sekali gus mengundang sebak dalam kalangan netizen.

Selain ucapan Que Haidar yang menyentuh hati, reaksi ibunya yang sedih juga meruntum jiwa mereka.

Rata-ratanya tampil memberikan kata-kata semangat buat pelakon berbakat itu.

“Saya faham bang, saya sendiri pun situasi yang sama. Sebab itu orang langgar PKP rasa geram.”

“Sedih pula baca ucapan abang ni, maknya pun sebak weh.”

“Harap tahun depan kita dapat beraya beramai-ramai,” tulis beberapa netizen.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024