Mak Kiah Ferry Trending Di Jepun, Selamba Main Salji Pakai Baju Kelawar - “Love! Sumpah Nak Tahu Berapa Umur Dia”

Mya Amri
Januari 22, 2024 02:55 MYT
Personaliti media sosial yang dikenali sebagai Mak Kiah Ferry mendapat perhatian netizen apabila bermain salji dengan memakai baju kelawar.
Menerusi perkongsian video di TikTok miliknya, Mak Kiah kini bercuti di Jepun untuk beberapa hari.
Difahamkan, Mak Kiah ini bukan hanya menjadi tumpuan netizen Malaysia malah wanita ini juga sudah trending di Jepun kerana keunikan pakaiannya.
“Sedap je ya pakai baju kelawar angin senang masuk,” tulisnya di hantarab video berkenaan.
Malah selepas mendapat tahu dirinya trending, Mak Kiah telah memuat naik satu lagi video merakamkan gelagat lucunya yang sedang meluncur di atas salji sambil menggayakan baju kelawar.
“Bila acik trending di Jepun, terima kasih semua terhibur dengan acik ya,” tulisnya.
@makkiahferry Sedap je ya pakai baju kelawar,angin senang masuk‼️ #makkiahferry #snowboarding #fypage ♬ original sound - MakkiahFerry Channel
Sementara itu di ruangan komen rata-ratanya menyukai sikap lucu Mak Cik Kiah sehinggakan ada yang menyuarakan rasa ingin tahu mengenai umurnya kerana terlalu aktif.
Antara komen yang diterima:
“Sumpah nak tahu berapa umur Mak Kiah ni,”
“Baju kelawar menduniaaaa,”
“Serius lah Mak Kiah ni umur brapa sihat macam ni, adoi,”
“Comel sangat Mak Kiah ni periang betul,”
Terdahulu, bagi yang bekum mengenali wanita lucu ini, Mak Kiah Ferry merupakan seorang pempengaruh yang terkenal dengan perwatakan happy go lucky dan gemar memakai baju kelawar atau kaftan.
#Viral #Trending #Jepun #Tular #Baju Kelawar #Main Salji #Mak Kiah Ferry