Penyanyi Mark Adam merealisasikan impian ibunya dengan membelikan sebuah rumah buat ibu tercinta Filipina.

Memanjatkan rasa syukur, Mark turut mendedahkan impian itu sebenarnya telah disimpan sejak 23 tahun lalu.

"'Mak nanti bila saya dah besar saya akan belikan mak rumah', (1996).

"Terima kasih banyak-banyak kerana merealisasikan perkara ini isteriku.

"Tak pakai topi keledar sebab tempat rumah baru sangat dekat dengan rumah sewa lama mak di kampung.

"Dan mak masih tak percaya ini rumah baru dia. Syukur Alhamdulillah Ya Allah," tulis Mark bersama sepotong video kejutan rumah baru buat ibunya itu.

“Mak nanti bila saya dah besar saya akan belikan mak rumah” -1996- thanks a lot for making this happen @ezzpowers ❤️ P/S - tak pakai helmet sebab tempat rumah baru sangat dekat dengan rumah lama sewah mak di dalam kampung . Dan mak masih tak percaya ini rumah baru dia ? Syukur Alhamdulillah Ya Allah ❤️

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on


Dalam video terbabit, Mark menutup mata ibunya sambil membawanya menaiki sebuah motosikal menuju ke sebuah kawasan perumahan baru.

Ketika tiba, ibunya dibukakan penutup mata dan terperanjat apabila ditunjukkan kediaman baharu mereka yang bersaiz jauh lebih besar setinggi dua tingkat.

Biarpun Mark dikenali sebagai individu yang melucukan, perkongsian itu membuatkan netizen terutama rakan selebriti tersentuh dan memuji usaha Mark.

Terdahulu, Mark yang pulang ke Filipina sejak empat hari lalu turut menghadiahkan ibunya sebuah televisyen pintar bersaiz 65 inci.

“Perjalanan Sebuah TV” Pembawak: @ezzpowers Pangarah: Saya Thank u @airasia Syukur Alhamdulillah ?❤️

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on