Laman Utama

“Mak Mentua Faham Kerja Saya, Tidak Cepat Menghukum” - Elisya Sandha

gempak
Mya Amri
23/10/2023
23:50 MYT
Sponsor Banner
“Mak Mentua Faham Kerja Saya, Tidak Cepat Menghukum” - Elisya Sandha
Susulan dikecam netizen kerana berpakaian seksi, pelakon, Elisya Sandha bersyukur kerana ibu mentuanya, Sheila Rusly tidak cepat melatah.
Menurut Elisya, ibu mentuanya merupakan seorang yang tidak cepat menghukum dan memahami tuntutan kerjanya.
“Mungkin mak mentua faham sebab mak mentua pun dalam industri yang sama dan dia tahu saya punya kerja.
“Bukannya selepas kahwin baru jadi macam tu, tidak. Sebelum kahwin lagi dia sudah tahu saya punya kerja adalah sebegitu.
“Alhamdulillah mak mentua saya sangat baik, tidak menghukum, dia faham kerja saya dan seorang yang sangat terbuka.
“Saya juga bukan wanita yang selalu berpenampilan seksi. Itu adalah tuntutan kerja untuk majalah,” katanya.
Elisya ditemui di majlis perlancaran Unifi TV Originals bertempat di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur pada Isnin.
Menjawab tuduhan tidak sensitif, Elisya berkata, setiap hantaran berkaitan kerja mempunyai tarikh muat naik yang ditetapkan oleh klien.
“Itu adalah tuntutan kerja. Saya perlu muat naik mengikut tarikh yang ditetapkan. Mereka sudah susun lama setiap hantaran itu.
“Saya pun bukan seorang yang mempamerkan kebaikan yang dilakukan. Apa yang saya muat naik di media sosial adalah kerana kerja,” ujarnya.
Terdahulu, Elisya berdepan kecaman segelintir warganet yang kasihan dengan ibu mentuanya yang juga penerbit, Sheila Rusly bermenantukan dirinya.
Elisya dikecam berikutan hantaran baharu di media sosialnya yang dikatakan terlalu seksi dan tidak sensitif dengan isu pergolakan di Gaza, Palestin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live