Emak kepada pelakon Sheila Mambo, Aishah Nyak Adam meninggal dunia pada pukul 5.15 petang semalam.

Menerusi entri di Instagram (IG), Sheila berkongsi berita sedih itu kepada pengikutnya.

"Assalamualaikum. Rakan taulan jauh dekat, saya ingin memaklumkan yang mak saya Aishah bt Nyak Adam baru sahaja meghembuskan nafas terakhir tadi jam 5.15 petang.

"Allah mudahkan Mak pergi hanya dengan 3x nafas terakhir dan sempat menyebut Allah. Mak sempat menjawap salam saya 2 minit sebelum dia pergi sewaktu adik saya sedang membaca talkin.

"Kami minta mak syahadah. Mak sebut Allah begitu jelas. Saya selalu akan pastikan waktu maghrib atau malam jumaat untuk peringatkan mak dengan Yassin dan khafi.

Assalamualaikum.. Rakan taulan jauh dekat, saya ingin memaklumkan yg mak saya Aishah bt Nyak Adam baru shj meghembuskan nafas terakhir td jam 5.15 ptg. Allah mudahkan Mak pergi hanya dgn 3x nafas terakhir dn sempat menyebut Allah. Mak sempat menjawap salam saya 2- minit sblm dia pergi sewaktu adek saya sdg membaca talkin. Kami minta mak syahadah.. Mak sebut Allah begitu jelas. Saya selalu akn pastikan waktu maghrib atau mlm jumaat utk peringatkan mak dgn yassin dn khafi. Dan rupanya saya msh melakukan hal yg sama tetapi kali ini didepan jasad mak terbujur. Semoga Allah tempatkan mak bersama para syuhadah. Mak dh pergi jumpa emak bapaknya yg sdh lama meninggakan mak 'yatim' sjk usia 6thn. Alhamdulillah Allah mulakan perjalanan hidup mak dimalam jumaat yg indah. Saya mohon doakan buat mak saya. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Ya Allah, ampunilah bondaku Aishah Nyak Adam, rahmatilah mak, maafkanlah mak, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kami ahli keluarganya, semoga arwah mak di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين #yassinterawal/akhir #kehidupanmakbarubermula

A post shared by sheila mambo/ sheila hassan (@sheilahassan) on


"Rupanya saya masih melakukan hal yang sama tetapi kali ini didepan jasad mak terbujur. Semoga Allah tempatkan mak bersama para syuhadah.

"Mak dah pergi jumpa emak bapaknya yang sudah lama meninggakan mak 'yatim' sejak usia 6 tahun. Alhamdulillah Allah mulakan perjalanan hidup mak dimalam jumaat yg indah. Saya mohon doakan buat mak saya," tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata mengucapkan takziah pada Sheila dan berharap agar keluarganya tabah diatas kehilangan emak yang tersayang.