Pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan ibunya, Normadiya menyimpan hasrat untuk mempunyai anak perempuan dalam keluarga mereka.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG) miliknya, ibu kepada Nadzmi menyatakan dia ingin pelakon wanita Ardell Aryana menjadi anak perempuannya.

" Bila mak kita cakap macamni apa yang kita perlu buat? @ardellaryana mak aku yang cakap tau. Tak terjawab kau! HAHA macam mana ni?

"Korang rasa macam mana? Kenapa dalam banyak-banyak perempuan mak aku nak kau?

"Mak perlukan anak perempuan? Baiklah angah cuba bagi mentang-mentang kami semua 4 beradik lelaki. Terima kasih mak @normadiya hehe," tulisnya.

Dalam video terbabit, ibunya menunjukkan ke arah Ardell untuk menjadi menantunya.

"Ibu ingin anak perempuan lagi," kata ibu kepada Nadzmi.

"Weh," kata Nadzmi kepada Ardell.

"Apa pulak aku..Cepat la awak cari menantu eh isteri," jawab Ardell.

"Nak perempuan ini," kata ibu lagi sambil tersenyum.

Rata-rata pengikut Nadzmi gembira kerana keakraban mereka telah mendapat restu daripada seorang ibu.

Malah ramai mendoakan agar pasangan itu akan disatukan suatu hari nanti.

Nadzmi dan Ardell mulai rapat sejak bergandingan dalam drama Namaku Bedah pada 2015.

Hubungan itu bertambah erat ketika Ardell jatuh sakit pada Jun lalu.

Bila mak kita cakap macamni apa yang kita perlu buat? @ardellaryana mak aku yang cakap tau. Tak terjawab kau ! HAHA macam mana ni? ? Korang rasa macam mana? Kenapa dalam banyak bayak perempuan mak aku nak kau? ?? Mak perlukan anak perempuan? Baiklah Angah cuba bagi mentang memtang kami semua 4 beradik lelaki ?Terima kasih mak @normadiya hehe ? Korang nak tengok full video dekat Youtube Channel saya ya ❤️ #WanitaKuChallenge @alwadelhijab @imsohotbae @beflowy ❤️❤️❤️

A post shared by Nadzmi Adhwa Nor Adzmi (@nadzmiadhwa) on