Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Mak Saya Muslim Convert Asalnya Bidayuh Kristian" - Yana Samsudin Cerita Pasal Pengorbanan Ibu Tinggal Keluarga, Kahwini Lelaki Melayu

Amri Hassan
20/08/2019 04:05 MYT
Pelakon Yana Samsudin mendedahkan pengorbanan ibunya dahulu meninggalkan keluarga dan menukar agama daripada Kristian untuk berkahwin dengan bapanya dan menetap di Johor.

Kata Yana, keluarga ibunya merupakan kaum Bidayuh peribumi di Sarawak yang tinggal dalam komuniti kecil.

"Ok... Jangan tertanya saya ni kaum apa pula. Mak saya muslim convert asalnya Bidayuh Kristian di Sarawak.

"Keluarga mak peribumi Sarawak. Mereka tinggal dalam komuniti kecil, tanam pokok durian, lada hitam, padi bukit, dan makan hasil bumi.
'
"Mak pernah cerita kalau mereka adik-beradik masuk hutan nak kemas kebun atau ke kampung sebelah ambil masa empat hari tau.. berjalan kaki redah hutan bukit-bukau... salute lah. Mereka tak sesat pun.

"Paling saya salute.. Babeh (datuk), Tayung & adik beradik mak (ibu dan bapa saudara) beri peluang mak saya pilih jalan hidupnya (muslim) tanpa memutuskan silaturrahim sesama mereka.

"Jika di fikirkan pasal pengorbanan mak, jauh lebih kuat berbanding kami di sini. Tinggalkan keluarga, tukar agama dan ikut suami ke Johor. Sampai sekarang setiap kali dia call mak dia, mesti menangis," cerita Yana menerusi entri di Instagram.

Yana terpanggil untuk berkongsi kisah menarik tentang asal-usul keluarganya itu apabila ternampak foto yang dirakamkan bersama keluarga besarnya ketika di Sarawak sebelum ini.

Malah, pelakon filem Bini-Biniku Gangster itu meluahkan rasa rindu terhadap datuknya yang meninggal pada usia 99 tahun Februari tahun lalu.

"Saya tulis ni bukan nak cerita pasal pengorbanan sesiapa. Saya nak cerita pasal saya rindu orang tua-tua sekeliling saya. Mendiang Babeh meninggal usia 99 tahun Februari 2 tahun lepas.

"Korang tahu kan situasi bila petang orang tua datang berkumpul duduk mengopi mengeteh, menyogel sireh depan rumah, menganyam tikar, menganyam bakul, asah parang kebun, bawa balik durian, lada hitam, padi sawah, padi bukit, rambutan dan hasil hutan seperti rebung dan sayur sayuran...

"Cucu-cucu kecil main-main kat halaman rumah... Rindunya! Ok lah. Tak sanggup nak sambung cerita...

"Semoga kita semua, mak abah mama abah, atuk nenek mendapat pengakhiran yang baik insya-Allah," tambah Yana lagi.

Tetiba syahdu pula... Rindu Babeh & Tayung... ? . Memori full, scroll la nak delete pic & video , lalu pulak pic ni... ? . Tak tahu nak describe camne... Rindu tapi jauh... walaupun jauh tapi sentiasa di dlm doa & hati. . Ye lah, zaman muda yana , kena kerja keras nak beli tiket mak abah & adik beradik lain untuk balik sana. Tau lah kan kalau balik time raya Xmas & gawai harga tiket mahal.. . Ok.. jangan tertanya yana ni kaum apa pulak?.. Mak yana muslim convert asalnya Bidayuh Kristian , Sarawak. . Keluarga mak pribumi Sarawak. Diaorg tinggal dalam komuniti kecik, tanam pokok durian, lada hitam, padi bukit, dan makan hasil bumi. Mak pernah cerita kalau diaorg adik beradik masuk hutan nak kemas kebun atau ke kampung sebelah ambil masa 4 hari tau.. berjalan kaki redah hutan bukit bukau... salute lah. Diaorg tak sesat pun ? . Paling Yana salute.. Babeh, Tayung & adik beradik mak (Aunty & uncle) beri peluang mak yana pilih jalan hidupnya (muslim) tanpa memutuskan silaturrahim sesama mereka. . Jika di fikirkan pasal pengorbanan mak , jauh lebih kuat berbanding kami di sini.. Tinggalkan keluarga, tukar agama dan ikut suami ke Johor. Sampai sekarang setiap kali dia call mak dia , mesti menangis ? . Tapi tu lah, yana tulis ni bukan nak cerita pasal pengorbanan sesapa. Yana nak cerita pasal yana rindu orang orang tua keliling yana. Mendiang Babeh meninggal usia 99 tahun februari 2 tahun lepas. ? . Korang tahu kan situasi bila petang orang tua datang berkumpul duk mengopi mengeteh , menyogel sireh depan rumah... menganyam tikar, menganyam bakul, asah parang kebun, bawa balik durian , lada hitam, padi sawah , padi bukit, rambutan & hasil hutan seperti rebung & sayur sayuran... cucu cucu kecik main main kat halaman rumah.... Rindunya!!!!!! Ok lah . Tak sanggup nak sambung cerita... ? . Semoga kita semua, mak abah mama abah, atuk nenek mendapat pengakhiran yang baik insyaAllah. Amin... . . #ysfzcutimalaysia #yanasamsudin #sarawak #BabehClan #GenerasiBabeh #Bidayuh #Iban #Serian

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on


#Yana Samsudin #Ibu #Kristian
;