Laman Utama

"Mak Saya Tak Ada Sesak Nafas, Sekarang Kuarantin Di Rumah" - Ibu Elyana Positif COVID-19, Tidak Tahu Punca Jangkitan

gempak
Amri Hassan
17/08/2021
01:50 MYT
Sponsor Banner
"Mak Saya Tak Ada Sesak Nafas, Sekarang Kuarantin Di Rumah" - Ibu Elyana Positif COVID-19, Tidak Tahu Punca Jangkitan
Penyanyi Elyana berkongsi khabar dukanya apabila ibu tersayang, Shamsidar Alias disahkan positif wabak COVID-19.
Elyana memaklumkan perkara terbabit menerusi hantaran di Instagramnya pada Isnin.
Kata Elyana, hanya doa yang mampu dipanjatkan buat ibunya agar diberikan kekuatan untuk melawan penyakit berbahaya itu.
"Assalamualaikum. Hari ini, mama saya Shamsidar Alias disahkan positif Covid-19. Alhamdulillah ahli keluarga yang lain negatif.
"Saya mohon doa kalian untuk mama saya supaya diberikan kesembuhan segera dan kekuatan untuk melawan sakit ini. Tolong doakan mama saya," tulisnya.
Tambah Elyana ketika sesi siaran langsung Instagramnya, ibunya kini menjalani kuarantin di rumah keluarganya dan dalam keadaan stabil.
"Setakat ini Alhamdulillah mak saya tak ada sesak nafas, dia sedang menjalani kuarantin di rumah. Lagipun kat hospital terlalu ramai orang.
"Saya tak tahulah bagaimana berjangkit. Tak ada kontak rapat sebab dia pun jarang keluar sebenarnya. Tolonglah musim COVID-19 ni jaga SOP, jangan degil tak pakai mask dan jumpa kawan-kawan peluk bersalam. Hal ini sensitif," katanya.
Tambah Elyana, ibunya telah mendapatkan dos lengkap vaksin jenis Sinovac sebelum ini.
Kini, bapanya Emrizal Shamsudin dan adik lelakinya, Eizad Ezmeer turut berada di kediaman keluarga mereka.
"Ibu saya menjalani kuarantin dalam bilik, manakala yang turut berada di rumah itu ialah bapa dan adik lelaki saya.
"Susah sebab bapa saya pun kurang sihat, selalunya mak saya yang akan sediakan makan minum. Apabila berlaku situasi begini ada sedikit kekanganlah," katanya.
Pada sesi siaran langsung itu juga, kakaknya, Ezeera memaklumkan mereka sekeluarga akan melakukan ujian calitan COVID-19 pada Khamis ini ekoran menjadi kontak rapat ibunya.
"Kakak saya selalu hantar barang ke rumah mak saya malah masa mak demam pun dia yang tolong hantarkan test kid," maklum Elyana.
Sementara itu, Elyana memaklumkan dia baru memperoleh dos kedua vaksin Pfizer pada Isnin selepas tertangguh kerana menjalani radioterapi minggu lalu.
"Sepatutnya seminggu lepas saya mendapat dos kedua vaksin tapi lepas habis radioterapi saya rasa lemah, jadi saya batalkan temujanji dan kemudiannya saya redah saja ke tempat suntikan dos pertama saya. Syukur ada lebih dan saya dah dapat dah," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live