Penyanyi kelahiran Malaysia yang menempa nama di Amerika Syarikat (AS), Yuna, berkongsi rasa teruja apabila wajahnya terpampang di papan iklan gergasi di kota New York.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai memuat naik mengenai perkara tersebut di laman sosial Instagram (IG)nya pada petang tadi (Selasa).

Berbangga menjadi wajah Asia di AS dan sentiasa dihargai, Yuna menyebut nama ibunya untuk memberitahu berita gembira tersebut.

Foto Yuna dinaikkan di beberapa kawasan sekitar New York, Amerika Syarikat (AS) untuk kempen meraikan rakyat Asia anjuran platform penstriman popular, Spotify.

“Mak tengoklah…Saya ada di seluruh NY (New York), meraikan bulan Asian American & Pacific Islander Heritage bersama Spotify. Terima kasih Spotify kerana sentiasa memilih saya menjadi sebahagian daripada bulan istimewa ini. Saya sangat bangga menjadi warga Asia.

"Saya harap sangat ada di sana dan saksikan sendiri. Saya selalu terlepas peluang nak tengok papan iklan saya di New York,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Empat tahun lalu, foto Yuna pernah terpampang di lokasi ikonik, Times Square, New York selepas dipilih syarikat terkenal NASDAQ yang memaparkan ikon muzik pada November 2016.

Tahun lalu, sebuah papan iklan lampu diod pancaran cahaya (LED) di lokasi sama turut memaparkan wajahnya bersempena pelancaran album, Rouge.

Look mom! I’m all over NY!! Celebrating Asian American & Pacific Islander Heritage month with @spotify- thanks Spotify for always having me a part of this special month I’m a proud asian aunty yas and proud of my community! Wish I was there to witness it myself I always miss my NYC billboard moments ? Stay safe everyone! Also dropping Stay Where You Are on the 15th❤️ Now I’ve given you this lit update, I’m going back to vacuuming the house lol

A post shared by Y U N A (@yuna) on