Laman Utama

“Mak Tersembam Masa Solat…”- Ibu Jue Aziz Dikejarkan Ke Hospital Kerana Mild Stroke

gempak
Syafiqah Jalal
16/02/2022
07:14 MYT
Sponsor Banner
“Mak Tersembam Masa Solat…”- Ibu Jue Aziz Dikejarkan Ke Hospital Kerana Mild Stroke
Ibu kepada pelakon Jue Aziz dikejarkan ke hospital malam tadi selepas tangan sebelah kirinya berasa kebas dan tidak berdaya untuk mengangkatnya.
Kata Jue sebelum itu, ibunya, Nor Asmah Mohd Nor, 71, tersungkur jatuh ketika sedang sembahyang.
“Sebenarnya dia ada tersungkur ketika solat semalam dan keadaan mak masa itu seperti tersembam mukanya. Dia kata tiada apa cuma mungkin terlalu letih.
“Malam tadi jam 10 dia beritahu tangan sebelah kirinya terasa kebas dan tak boleh angkat pula. Jadi abang saya terus bawa mak ke hospital,” katanya kepada Gempak.
Jue dihubungi selepas membuat posting di Instagram meminta mendoakan kesihatan ibunya.
Kini ibunya perlu ditahan di Hospital Kuala Lumpur selepas doktor mengesahkan ada pendarahan beku di kepala yang menyebabkan ‘mild stroke’
“Doktor sahkan ada darah beku di kepala dan tekanan darahnya agak tinggi sehingga menyebabkan ‘mild stroke’.
“Sekarang ni doctor masih buat siasatan lagi dan mak perlu ditahan di wad,” beritahunya.
Jue yang menjaga ibunya yang sedang sakit terpaksa menolak tawaran berlakon yang sepatutnya memulakan penggambaran hari ini.
"Sepatutnya hari ini mulakan penggambaran tetapi dah jadi macam ni saya reda mungkin ini rezeki saya dapat menjaga mak. Saya harap mak cepat sembuh, saya tahu dia kuat," ujarnya.
Menerusi entri Jue di Instagram lima hari lalu, ibunya kelihatan masih sihat dan ceria dalam sebuah video yang dimuat naik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024