“Makan Duit Haram, Ibarat Kau Makan Daging Ba*i” - Isteri Mark Adam Berang Kontraktor Rumah Cabut Lari
16/02/2023 00:00 MYT
Isteri kepada penyanyi Mark Adam iaitu Norazah Redzuan meluahkan rasa terkilan apabila projek rumah yang dibina untuk ibu bapanya telah dibiarkan terbengkalai oleh pihak kontraktor.
Kata Norazah, pihak kontraktor tersebut telah mengingkari janji untuk menyiapkan rumah berkenaan pada tarikh yang sepatutnya ditetapkan sebelum menghilangkan diri.
Malah, Norazah juga tidak menghalalkan wang yang telah diberikan kepada pihak kontraktor itu.
“Dekat dunia kau boleh terlepas, dekat akhirat kau menjawab.
“Kau tahu niat aku bina rumah ini untuk mak bapak aku biar merasa duduk selesa, dan kau dan berjanji demi tuhan akan siapkan. Tiba masa kau tipu.
“Tidak apa, kau boleh lari, lari jauh-jauh. Demi Allah, aku tak akan halalkan satu sen pun duit aku yang kau makan.
“Makan duit haram ibarat kau makan daging ba*i. Jadi kau bagilah anak bini kau makan daging ba*i. Semua hitam putih aku ada,” kongsinya menerusi satu hantaran di Instagram baru-baru ini.
Pun begitu, Norazah tetap berfikiran positif dan menganggap perkara yang berlaku itu merupakan ujian buat dirinya sekeluarga.
Dalam masa sama, dia turut mengingatkan Mark Adam bahawa akan ada rezeki lain buat mereka.
“Kau berani aniya orang lagi. Memang sakit, geram, terkilan semua ada. Tapi mungkin ini ujian daripada Allah dan ada hikmah di sebaliknya.
“Tidak apa baby (Mark), kita rugi sekarang, janji niat kita nak tengok mak abah duduk umah itu kita teruskan. Insyallah ada hikmah,” tambahnya.
Difahamkan, projek tersebut telah bermula sejak tiga bulan lalu, namun tidak dihabiskan oleh pihak kontraktor apabila mereka dikatakan telah menghilangkan diri.
Bertambah buruk lagi, Mark dan Norazah sudahpun membayar penuh jumlah wang bagi projek binaan tersebut.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.