Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Makan Durian Boleh Naikkan Nafsu & Tenaga Seks? Betul Ke Teori Ni?

Hanafis Haris
28/06/2021 15:20 MYT

Setiap kali tiba musim durian, setiap itulah pelbagai teori dan mitos mula muncul.

Ada saja teori yang bertebaran di media sosial serta menerusi aplikasi WhatsApp.

Oleh itu, kami senaraikan beberapa mitos dan kebenarannya.

#1 Durian Kolesterol Tinggi

Fakta: Menerusi infografik dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia, dalam jadual fakta nutrien buah durian jelas menunjukkan bahawa sebenarnya tidak ada kolesterol di dalamnya.

#2 Durian Panas & Perlu Diambil Dengan Manggis

Fakta: Tidak ada istilah buah sejuk dan panas dalam perubatan moden. Ia tidak disokong kajian saintifik.

#3 Mengambil Durian Bersama Alkohol Boleh Membunuh

Fakta: Tiada bukti kajian saintifik yang menyokong dakwaan ini. Pengambilan durian berlebihan boleh menyebabkan kembung perut, malah organ hati perlu bekerja lebih kuat.

#4 Makan Durian Tingkatkan Nafsu Seks

Fakta: Tidak ada bukti saintifik yang menyokong bahawa durian meningkatkan tenaga seks.

Apapun durian masih mempunyai kelebihan dari segi nutrisi, cuma tidak digalakkan untuk mengambil secara berlebihan.

Anda boleh lihat infografik di bawah.







#makan #Durian #Mitos #Seks #teori #Tenaga
;