"'Makan Luar' Sebab Jiwa Saya Kosong" - Aliff Aziz Mengaku Curang
Amri Hassan
12/05/2024 10:25 MYT
12/05/2024 10:25 MYT
"Ya, berlaku curang," demikian pengakuan Aliff Aziz ketika ditanya tentang kesahihan spekulasi yang meliar menjerat dirinya sejak ketika ini.
Jelas Aliff, dia terpaksa mendiamkan diri selepas tularnya kisah kontroversi itu kerana enggan membuka ruang orang berspekulasi.
"Kita saja yang tahu apa yang berlaku, mungkin pada waktu itu saya rasa jiwa saya kosong. Saya tidak dapat hargai apa yang saya ada.
"Saya tak dapat kawal diri daripada membuka ruang, itu adalah salah," jelasnya menerusi temubual bersama Melodi pada Ahad.
"Kesilapan bukan satu benda yang perlu dibanggakan, kesilapan itu membuatkan saya tertekan dan malu.
" Adakah saya perlu menjawab mengikut apa yang orang nak dengar?
Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di ibu negara, Mac lalu.
Lebih hangat lagi, muncul seorang wanita mendakwa kekasih gelap kepada penyanyi Sayang-Sayang iaitu Sarah Yasmine mendedahkan perbualan mesej yang dipercayai antara Aliff dan Ruhainies.
Pada 11 Mac lalu, Bella telah memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Jelas Aliff, dia terpaksa mendiamkan diri selepas tularnya kisah kontroversi itu kerana enggan membuka ruang orang berspekulasi.
"Kita saja yang tahu apa yang berlaku, mungkin pada waktu itu saya rasa jiwa saya kosong. Saya tidak dapat hargai apa yang saya ada.
"Saya tak dapat kawal diri daripada membuka ruang, itu adalah salah," jelasnya menerusi temubual bersama Melodi pada Ahad.
BERITA TRENDING: "Aku Takkan Pernah Halalkan Dunia Akhirat, Apa Yang Kau Buat Kat Isteri Aku!" - Aliff Aziz
BERITA TRENDING: Aliff Aziz; Pendosa Yang Jujur Atau Pembohong Yang Munafik?
Kesilapan bukan untuk dibanggakan
Tambahnya, kesilapan (curang) bukan hal yang perlu dibanggakan hingga harus diperkatakan di hadapan khalayak."Kesilapan bukan satu benda yang perlu dibanggakan, kesilapan itu membuatkan saya tertekan dan malu.
" Adakah saya perlu menjawab mengikut apa yang orang nak dengar?
"Ya saya berlaku curang, apa yang membezakan maknanya sekarang?" ujarnya.
Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di ibu negara, Mac lalu.
Lebih hangat lagi, muncul seorang wanita mendakwa kekasih gelap kepada penyanyi Sayang-Sayang iaitu Sarah Yasmine mendedahkan perbualan mesej yang dipercayai antara Aliff dan Ruhainies.
Pada 11 Mac lalu, Bella telah memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
#Penyanyi
#Viral
#Kontroversi
#Aliff Aziz
#Bella Astillah
#Ruhainies
#Singapura
#Curang
#Makan Luar
#Muaz Zabir