Pelakon Adam Corrie baru-baru ini memuat naik satu video memperlihatkan dirinya sedang menikmati hidangan dengan menggunakan chopsticks.

Bagaimanapun, entri tersebut mendapat reaksi negatif netizen apabila ada segelintir yang sanggup mempersoal penggunaan chopsticks dan menuduh aktor berkenaan menjamah daging babi walaupun dirinya telah 16 tahun memeluk Islam.

BERITA TRENDING: "Kalau Buat Lagi Saya Laporkan Pada Polis" - Shiera

Antara komen yang diterima:

"Lagi afdhal makan pakai tangan. Sunnah Rasulullah SAW,"

"Ada rasa was-was dalam hati, Lain macam je rupa tekstur daging tu. Ba alif ba ya ke?"

Dalam pada itu, ada juga yang mempertahankan aktor itu dengan menyelar tindakan segelintir pihak yang meninggalkan komen biadab di bawah hantaran tersebut.

"Komen-komen yang biadab, mencerminkan diri tiada adab,"

"Bersabarlah bro Adam dengan komen-komen melampau. Mereka tidak bodoh, tapi ada penyakit hati."

Sekadar info, Adam telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 sebelum mendirikan rumah tangga dengan Fazima Fuad.

Sumber: Facebook/Platform X