,
Suudu

Makanan Unik Di Bazaar Ramadhan Kelantan, Susah Nak Dapat Di Tempat Lain

Syafiqah Jalal
19/06/2017
05:50 MYT
Bazaar Ramadan Stadium Sultan Muhammad IV Kelantan merupakan bazaar yang popular dan menjadi tumpuan penduduk sekitarnya.
Kunjungan Astro Gempak ke bazaar Ramadan tersebut untuk rakaman Sajian Hati Digi bersama Izzue Islam telah menemui pelbagai juadah berbuka puasa yang menarik di sana.
Selama dua hari mengunjungi bazaar tersebut, Astro Gempak mendapati makanan berikut antara yang popular dan sukar didapati di negeri lain.
1.Ketupat Sotong Ketupat sotong ini makanan popular di Kelantan dan pantai timur. Ia juga dikenali sebagai sotong sumbat. Ketupat sotong adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan. Rasanya lemak manis dan terasa keenakakn dan keharuman daun pandan yang dimasak sekali.
2. Ayam Percik Kuah Putih Ayam percik kuah putih ini mungkin sukar untuk didapati di tempat lain kerana ia berbeza dengan ayam percik biasa. Kuah putih yang disiram ke atas ayam percik ini menjadi jaudah popular di bulan Ramadan. Ayam percik ini mempunyai kelainan yang tersendiri dari segi warna kuah dan citarasanya.
3. Jala Mas Pada masa dahulu, Jala Mas biasanya dikhaskan bagi hidangan raja dan kaum bangsawan kerana kos penghasilan yang mahal dan cara menghasilkannya yang rumit. Kini ia menjadi popular di sebelah pantai timur terutama di Kelantan. Kuih manis ini menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula.
4. Kuih Akok Meskipun kuih Akok ini sudah popular ke serata negeri dan ia sudah mula dijual di mana-mana, namun di bazaar Ramadan di Kelantan inilah kuih yang popular yang banyak dijual di sana. Kini kuih akok yang biasanya berbentuk bujur, telah diinovasikan kepada bentuk bunga yang dikenali sebagai Akok Bunga atau Akok Kemboja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wajah Penyanyi, Identiti 5 Rakyat Malaysia Miliki 6,000 Pil Kuda Didedahkan Media Thailand

gempak
08/11/2024
00:55 MYT
Berita penangkapan seorang penyanyi dikir barat terkenal dari Kelantan ditangkap bersama lima rakan kerana memiliki 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Golok pada 1 November lalu turut mendapat liputan media massa Thailand.
Viral

Anak Muda Kelantan 'Banjiri' Golok Untuk Berhibur - "Hari Biasa Ramai, Hujung Minggu Lagi Ramai"

gempak
05/11/2024
01:57 MYT
Polis Kelantan mendedahkan Pekan Golok, Thailand yang hanya berjarak kurang satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand menjadi 'pusat hiburan' kepada rakyat Serambi Makkah terutama anak muda pada hujung minggu.
Hiburan

Nama Dipetik Terkait Kes Penahanan Pil Kuda di Thailand, Idayu Tampil Pertahankan Diri - "Ramai Betul Yang Tag Kita…"

gempak
03/11/2024
04:55 MYT
Penyanyi, Idayu menafikan dakwaan dirinya antara yang ditahan oleh polis kerana disyaki memiliki ribuan pil kuda di Sungai Golok,Narathiwat, Thailand.
Hiburan

Penyanyi Wanita Terkenal Kelantan Ditahan Bersama Pil Kuda?

gempak
02/11/2024
06:20 MYT
Seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand bersama ribuan biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pagi semalam.
Hiburan

"Saya Tak Boleh Menjanda Lama-Lama" - Ina Naim Nikah Semula Demi Anak-Anak

gempak
31/10/2024
09:20 MYT
Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad yang juga penyanyi, Ina Naim memberitahu dirinya tidak boleh bersendirian dan perlukan teman hidup demi anak-anak.
Unitar