Pelakon Mawar Rashid mendedahkan dia telah bercuti pantang untuk beberapa jam semalam bagi menyambut hari lahirnya yang ke 24 tahun.

Menurut Mawar, sempena kejutan hari jadi yang dilakukan oleh suaminya, Raf Yaakob, dia telah bersiap cantik dengan solekan.

Mawar menerusi akaun Instagram miliknya dengan berseloroh berharap “Makcik Bawang” membenarkan dia bercuti pantang sebentar di hari ke-21.

“Harini pantang hari ke 21, birthday Mawar yang ke 24. @rafyaakob sebenarnya nak surprisekan birthday untuk Mawar. Tapi KSha @raysaachanelaraf dah kantoikan dengan detail ada surprise birthday kat tingkat bawah.


“Bila Mawar dapat tahu ade surprise, apa lagi, Mawar terus call MUA untuk bersiap cantik-cantik. Ye lah, tengah birthday kan, tak kan nak comot pulak.

“Mak cik bawang, kasi chance cuti pantang untuk beberapa jam ye. Chill ya. Mawar tahu korang Carr pasal Mawar,” tulisnya.

Menerusi entri tersebut, Mawar memuat naik rakaman video ketika dia tengah bersiap untuk sambutan hari jadi tersebut.

Mawar turut memuat naik fotonya bersama keluarga ketika sambutan hari jadi tersebut.

Mawar baru sahaja melahirkan bayi lelaki Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu.

Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah dengan Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan terdahulu, Raf dan bekas isteri dikurniakan dua anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.


Harini pantang hari ke 21, birthday Mawar yang ke 24. @rafyaakob sebenarnya nak surprisekan birthday untuk Mawar. Tapi KSha @raysaachanelaraf dah kantoikan dengan detail ada surprise birthday kat tingkat bawah? Bila Mawar dapat tahu ade surprise, apa lagi, Mawar terus call MUA fav Mawar @makeupbynadianordin untuk bersiap cantik2. Ye lah, tengah birthday kan, tak kan nak comot pulak ? Mak cik bawang, kasi chance cuti pantang untuk beberapa jam ye. Chill ya. Mawar tahu korang Carr pasal Mawar

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on