Gelagat pelakon Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya ketika membuat video live di laman sosial Instagram (IG) sering menjadi tumpuan ramai.

Pada Ahad lalu, Sharnaaz telah berkongsi sesi live di IG bersama Shukri dan yang paling mencuri perhatian ialah apabila nama Azira turut disebut dalam rakaman tersebut.

Di awal perbualan, Sharnaaz memberitahu kepada Shukri tentang ‘makcik’ merajuk dan mereka berjaya ‘menyembunyikan’ identiti wanita digelar ‘makcik’ itu.

Namun, kelicikan Shukri telah menyebabkan Sharnaaz akhirnya menyebut nama pelakon cantik yang juga anggota kumpulan De Fam itu.

Selepas beberapa kali nama Azira ‘diseru’ Shukri meminta Sharnaaz memanggil Azira menyertai sesi live mereka.

Sekali lagi, Shukri bertindak mengenakan sahabatnya itu apabila keluar daripada sesi tersebut dan meninggalkan Sharnaaz dan Azira.

Gelagat Sharnaaz mencuit hati pengikut IG yang menonton kerana dia kelihatan malu-malu kucing ketika berdepan dengan Azira.

“Sopan terus mamu! Hahaha…”

“Shuk buat hal dooo…”

“Kita pulak yang malu-malu time Sharnaaz dengan Azira berbual. Shuk tu memang terbaik jadi batu api!...”

Perkongsian tersebut telah ditonton sebanyak 446 ribu kali dengan 583 komen pengikut di laman sosial IG.

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)


Sebelum ini Sharnaaz dan Azira pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa apabila bapa kepada Jebat memuatnaik foto mereka bersama di Insta Story.

Gambar tersebut dimuat naik Sharnaaz selepas menerima pelitup separa muka daripada Azira bersama belon dan bunga.

Menerusi gambar tersebut Sharnaaz mengucapkan terima kasih kepada Azira yang disertakan dengan emoji ‘kiss’.

Sharnaaz juga pernah memuat naik posting sempena ulang tahun kelahiran Azira yang ke-29 pada September tahun lalu.