Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Make Sure Dia Makan On time Tapi Jangan Berani Kata..." - Nasihat Reen Rahim Pada Para 'Boyfriend'

Badrul Hashim 11/09/2020 | 12:32 MYT
Pelakon jelita Reen Rahim ternyata kelakar dalam memberikan nasihat, tetapi di sebalik jenaka tersebut ada kebenaran yang tersirat.
Dalam satu entri di Instagram miliknya, Reen memberi 'nasihat' kepada para teman lelaki di luar sana cara mengambil hati teman wanita masing-masing.
"Attention kepada para boyfriend!! Dik, perempuan ni senang je dik nak bagi dia happy. Make sure dia makan on time (KENA SEDAP). Lepas tu, kalau dia kata dia dah gemuk, ko jangan berani yea kan kegemukkan dia, mampos die tak nak makan.
"Bila dia tak puas makan, dia tak happy, bile dia tak happy mampos lah ko dik nak layan moody dia, over thinking dia, angin dia, cemburu dia semua serba tak kena lah! Sampai lah abang jamil mampos ko pon mampos," nasihat Reen dalam nada berseloroh.
Menurut Reen, itu adalah tips untuk para teman lelaki yang tercari-cari apa masalah yang berlaku dengan teman wanita masing-masing.
"Oh yes, lagi satu ATTENTION KENA 200% kat dia baru lah ko aman dan makmur. If belum ready ko single je lah dulu dik. Ha perempuan yang baca caption ni jangan nk senyum-senyum, BETUL KAN?" tulis Reen lagi.

Attention kepada para boyfriend ❗️❗️ Dik perempuan nie senang je dik nk bg die happy . Make sure die makan on time(KENE SEDAP) Lepas tu,kalau die kate die dah gemok,ko jangan berani yea kan kegemukkan die,mampos die taknak makan,bile die tak puas makan , die tak happy,bile die tak happy mampos lah ko dik ..nak layan moody die,over thinking die,angin die,cemburu die semua serbe tak kene lah ❗️ sampai lah abang jamil mampos ko pon mampos.. SEKIAN TIPS UTK ADIK2 yg tercari2 ape masaalah gf die.oh yes,lagi satu ATTENTION KENE 200% kat die baru lah ko aman dan makmur,if belum ready ko single je lah dulu dik. Ha perempuan yang baca caption nie jangan nk senyum2,BETUL KAN??

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim) on

Lakonan Reen Rahim semakin mendapat pujian ramai apabila dia berlakon dalam filem Syif Malam Raya dan juga filem seram Town Mall yang ditayangkan di Astro ketika PKP lalu.
#Reen Rahim #Teman Lelaki #Nasihat
;