Runut bunyi (OST) filem Syif Malam Raya telah pun dimuat naik di saluran YouTube rasmi KRU Music baru-baru ini.

Menariknya babak-babak yang dipamerkan dalam OST berkenaan sudah cukup untuk memberikan gambaran lucu mengenai filem Syif Malam Raya.

Lebih-lebih lagi apabila menyaksikan babak gelagat tiga sekawan iaitu Syahmi, Asif dan Yoe sahaja sudah cukup untuk membuatkan penonton tidak kering gusi.

Tak perlu cakap banyak, babak Syahmi, Asif dan Yoe ketika menyanyikan lagu tersebut dengan berkonsepkan ala-ala dikir barat pun sudah mampu membuatkan anda ketawa.

Lebih manis lagi walaupun filem ini masih belum ditayangkan, OST Syif Malam Raya sudah pun menjadi trending di YouTube! Hebat kan?

Berikut merupakan reaksi dan keterujaan penonton yang sudah tidak sabar menunggu tayangan filem Syif Malam Raya.

“Dekat lagu pun aku tergelak dengan diorang masa dikir barat tu,” @luqman js

“Terbaik lah syahmi, Asif, Yoe Parey. Hehehe siap rap lagi tu,” @ridzzuan

“Lucu pulok raya lagu ni, tambah-tambah pula part Syahmi, Asif dengan Yoe nyanyi,” @FazlinMohidin

BACA: Bila Zero, Yoe Parey, Asif Suhaimi Bergabung, Syif Malam Raya Comfirm Pecah Perut

BACA: “Dok Braso Tengok Ni Sekok Perut Ngila” - Syif Malam Raya Belum Tayang Tapi Ramai Dah Tak Sabar

Jangan lupa untuk sewa filem raya, Syif Malam buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 21 Mei 2020.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Sinopsis:

Kisah Syif Malam Raya bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.

Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenazah mereka. Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.