Gara-gara bertindak biadap dan memaki hamun dengan menyeru bapa seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang sedang bertugas di Downtown Jalan Reko, Kajang, seorang lelaki dibelasah orang ramai malam tadi.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 malam apabila lelaki itu bersama pasangannya cuba memasuki jalan masuk yang telah ditutup anggota Rela untuk mengelakkan kesesakan trafik.
Bagaimanapun, pasangan itu tidak mengendahkan larangan itu dan merempuh masuk.
Sumber memaklumkan lelaki itu berlagak samseng dengan memarahi dan memaki hamun anggota Rela hingga menimbulkan kemarahan adik anggota Rela yang berada di lokasi sama.
Berdasarkan video yang tular di Facebook Metafora Anafora sejak malam tadi, lelaki itu dibelasah orang ramai menggunakan topi keledar selain diterajang.
"Kakak Rela menjalankan tugas seperti biasa, jalan yang tak boleh masuk tak payahlah masuk.
"Lelaki ini tunjuk samseng siap maki bapa anggota Rela itu. Minta maaf sudahlah, ini lagi tunjuk samseng cabar orang suruh pukul," tulis Aril Effendi, individu yang memuat naik video terbabit.
Netizen yang melihat rakaman video itu turut berang dengan tindakan pasangan yang disifatkan sombong itu.
"Kalau sebab parking tiada masalah tetapi sampai petik nama bapa siapa tak marah. Kita tak tahu kalau orang tua mereka sudah meninggal dunia," tulis Zety
Getus salah seorang anggota badan beruniform, Nik Azlan Peei pula; "Kita sebagai anggota beruniform sering dimaki dan kami cakap berhabis lembut tetapi dibalas bahasa kasar. Kadang-kadang buat kita hilang sabar, kita manusia yang ada hati dan perasaan."
Setakat ini video yang tular di Facebook itu telah ditonton lebih 85,000 kali dan lebih 800 perkongsian.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Metafora Anafora
Amri Hassan
Fri Jun 16 2017
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Nafi Dakwaan Sukar Dihubungi, Ippo Hafiz Enggan Jaja Kisah Rumah Tangga - “Dia Masih Isteri, Jadi Lindungilah Maruah Suami”
Penyanyi Ippo Hafiz menafikan kenyataan Fara Roslan dan dakwaan yang tersebar di laman sosial mengatakan dia sukar dihubungi untuk bertemu anak kedua mereka, Ibrahim.
Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut
Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, pada Selasa.
3 Bulan Tak Dapat Jumpa Anak Kedua, Isteri Ippo Hafiz Ada Bukti Sukar Dihubungi - “Kalau Dia Jaga & Tiada Masalah, Kenapa Saya…”
Isteri kepada penyanyi Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan mendedahkan dia tidak dapat bertemu dengan anak keduanya, Ibrahim sejak bulan Februari lalu.
Anak Dibiar Bau Hancing & Luka-Luka, Bibik Doakan Thalia Baiduri 'Mampus' - "Depan Saya Dia Baik, Tak Tinggal Solat Dhuha"
Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri terkejut apabila mengetahui sikap sebenar pembantu rumahnya yang dipanggil Bibik Elly yang tidak berlaku jujur dan melayan anak bongsunya dengan teruk.
Terima Banyak DM, Netizen Minta Caprice Ulas Isu Kekasih Gelap Aliff Aziz - “Makin Lama Makin Banyak Bukti Curang…”
Caprice enggan ulas isu Aliff Aziz.
Azhar Sulaiman Nafi Tumpang Populariti Kasih Iris Leona - “Itu Cara Saya Menegur Dalam Bentuk Jenaka”
Masing-masing ada cara tersendiri.
Kontroversi Aliff Aziz, Sajat Dakwa ‘Ramalannya’ Benar Belaka - “Aku Cakap Korang Tak Nak Percaya, Dah Tilik Dah..”
Pempengaruh media sosial, Sajat menyuarakan pendapat peribadinya mengenai kontroversi yang melanda pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz.