Maki, Hambur Kata-Kata Kesat Pada Kucing, Azwan Ali Mohon Maaf! - "Video Itu Bersifat Gurauan Semata-Mata"
Amri Hassan
04/05/2020 02:15 MYT
04/05/2020 02:15 MYT
Pengacara popular Azwan Ali tampil membuat permohonan maaf terbuka ekoran tindakannya memaki dan menghamburkan kata-kata kesat terhadap haiwan peliharaannya itu baru-baru ini.
Jelas Azwan, video yang dirakamkannya itu sekadar gurauan dan tidak berniat lain.
"Saya dengan ini memohon maaf secara terbuka kepada Persatuan Haiwan Malaysia & pencinta kucing ekoran vieo terlepas pandang semalam.
"Sebenarnya video itu bersifat gurauan semata-mata dan tidak berniat sama sekali atas apa jua sebab lain.
"Saya telah pun memadamkan video itu di semua platform media sosial," katanya menerusi akaun Twitter pada Isnin.
Terdahulu, Azwan merakamkan sepotong video berunsur nasihat berkaitan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) kepada kucing-kucingnya sambil memegang pengelap habuk.
Bagaimanapun, video terbabit mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pencinta haiwan hingga ada pihak yang membuat aduan.
"Hamun haiwan walau untuk apa niat dan tujuan sekali pun bakal mengundang ketakutan dan stress terhadap haiwan.
"Kucing tidak akan dapat mesej daripada maki hamun begini. Ia bakal memeranjatkan dan menakutkan kucing. Kata cacian, hamun dan makian secara jerkah begini tidak sesuai dihamburkan kepada binatang seperti kucing walau tujuannya adalah pendidikan.
"Suara maki hamun ini disyaki suara seorang artis tanah air yang biasa membuat video berunsur nasihat melalui video provokasi dengan bahasa kesat dan kata makian.
"Ingin diingatkan perbuatan menakutkan haiwan adalah satu kesalahan Terrifies bawah Seksyen 29 (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan Seksyen 44 (1) Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013).
"Hukuman menanti pelaku yang memaki haiwan adalah sama seperti mencederakan atau membunuh haiwan dengan sengaja.
"Satu aduan akan dikemukakan untuk siasatan dan tindakan pihak berkuasa," maklum Persatuan Haiwan Malaysia menerusi akaun Facebook mereka pada Ahad.
Azwan memelihara beberapa ekor kucing dari baka import di kediamannya yang diberi nama Rosmah, Che Ta, Aaron dan Ziana Zain.
Bagaimanapun, ada yang menyifatkan video terbabit tidak keterlaluan dan masih berinformatif untuk mendidik dan menasihati orang ramai untuk mematuhi arahan kerajaan berhubung situasi semasa negara.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.