Laman Utama

Maki Hamun Penguatkuasa MPKS Sebab Kena Kompaun Parkir Motorsikal Di Petak OKU

gempak
Fiza Kamarudin
06/01/2022
05:46 MYT
Sponsor Banner
Maki Hamun Penguatkuasa MPKS Sebab Kena Kompaun Parkir Motorsikal Di Petak OKU
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) kesal dengan tindakan seorang individu yang melakukan provokasi dan ancaman kepada seorang anggota Penguatkuasa MPKS yang sedang menjalankan tugas di Saujana Utama.
MPKS menerusi sebuah kenyataan berkata, individu tersebut tidak berpuas hati dikenakan kompaun atas kesalahan meletakkan motorsikal di petak parkir Orang Kurang Upaya (OKU).
Kejadian tersebut berlaku pada 4 Januari 2022, jam 9.45 pagi dan sewaktu kejadian anggota penguatkuasa tersebut sedang menjalankan tugas pemantauan kupon parkir di Jalan Bidara 6/2, Saujana Utama.
“Secara tiba-tiba, individu tersebut telah menghampiri anggota penguatkuasa dan mengeluarkan kata-kata kesat dan ancaman,” menurut kenyataan terbabit.
MPKS berkata, anggota Penguatkuasa tersebut telah membuat satu laporan Polis di Balai Polis Saujana Utama terhadap individu terbabit berikutan kejadian ugutan dan menghalang tugas penjawat awam.
Dalam masa yang sama, MPKS turut merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada anggota penguatkuasa tersebut yang menjalankan tugas secara pofesional dan tidak ambil peduli terhadap provokasi-provokasi yang dihadapi semasa menjalankan tugas.
Pihak Majlis turut mengharapkan agar kejadian ini dijadikan sebagai iktibar dan jika mana-mana pihak yang dikenakan kompaun parkir tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan, mereka boleh membuat aduan secara terus kepada MPKS.
Terdahulu potongan video tular tersebut telah mengundang kecaman orang ramai terhadap lelaki tersebut yang dianggap terlalu biadab.
Warganet bagaimanapun memuji Penguatkuasa MPKS kerana terus bersabar dan komited menjalan tugas walaupun menerima provokasi dan ancaman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024